Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
131) GEJALA SOSIAL DI KALANGAN WANITA MUDA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik kes gejala sosial di kalangan wanita muda mengikut jenis?
Kerajaan Negeri Selangor memandang serius dengan masalah gejala sosial yang menjadi kudis kepada warga Selangor terutama sekali dikalangan wanita muda dewasa ini. Justeru itu Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusaha untuk menangani dan membenteras masalah ini.
JKM adalah salah sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan gejala sosial khususnya di kalangan kanak-kanak di bawah 18 tahun. Bagi wanita muda, tumpuan JKM adalah mereka yang berusia 18 – 21 tahun. Berikut adalah tiga (3) masalah sosial utama yang dikenal pasti melibatkan wanita muda ialah kesalahan jenayah dan kes pesalah muda.
(i) Kesalahan Jenayah
JKM sangat memandang serius penglibatan kanak-kanak dan remaja perempuan berusia 13 hingga 18 tahun di dalam aktiviti penjenayahan. Antara kes-kes jenayah yang dirujuk kepada JKM adalah seperti mencuri, terlibat dengan ketagihan dadah, mencedera, berjudi dan lain- lain. Jadual 1 adalah statistik kes kanak-kanak dan remaja perempuan yang terlibat dengan jenayah mengikut jenis kesalahan.
Jadual 1 : Statistik Kes Kanak-Kanak Dan Remaja Wanita Yang Terlibat Dengan Jenayah Bagi Tahun 2012 – 2015 (Sehingga Ogos) Mengikut Jenis Kesalahan
Jenis Kesalahan
2012
2013
2014
Jan – Ogos 2015
Harta benda (a) mencuri 11 19 13 10 (b) memiliki harta curi 4 2 (c) merompak 5 (d) peras ugut 1 1 (e) ceroboh/pecah rumah (f) Meragut Jenis Kesalahan
2012
2013
2014
Jan – Ogos 2015
Dadah (a) mengedar 1 (b) memiliki 1 2 2 7 (c) menghisap 4 8 5 3 Sabit manusia (a) membunuh 1 (b) mencedera 1 7 5 (c) merogol (d) mencabul (e) sumbang mahram 1 Lalulintas (a) lumba melulu/bahaya (b) kesalahan lain Senjata (a) senjata api (b) bahan api/kakisan (c) senjata tajam 1 1 Jenis Kesalahan
2012
2013
2014
Jan – Ogos 2015
Lari (a) dari Asrama Akhlak (b) dari Sekolah Diluluskan (c) dari Sekolah Henry Gurney
Akta Kesalahan Kecil 1 2 Berjudi 1 2 2 Melanggar Syarat Pengawasan
Jumlah 25 43 36 20 Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
- Kes Pesalah Muda
Kes pesalah muda (youthful offender) adalah kes di bawah Kanun Tatacara Jenayah di mana seseorang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara yang berumur 18 tahun atau lebih dan di bawah umur 21 tahun. Hukuman yang diberikan oleh mahkamah adalah mengkehendakkan pesalah bekerja dan berkhidmat dalam masyarakat bagi tempoh yang
ditetapkan. Jadual 2 adalah statistik wanita muda berusia 18 hingga 21 tahun yang terlibat dengan kes pesalah muda mengikut kesalahan yang dilakukan.
Jadual 2 : Statistik Wanita Muda (18 – 21 tahun) Negeri Selangor Yang Terlibat Dengan Kes Pesalah Muda Bagi Tahun 2013 – 2015 (Sehingga September) Mengikut Jenis Kesalahan
Jenis Kesalahan 2013 2014 Jan – Ogos 2015
(a) Merompak 7 5 5 (b) Memiliki harta curi 1 1 (c) Dadah (masuk dalam badan) 2 2 1 (d) Mengedar dadah 2 (e) Pecah amanah 1 (f) Membuat aduan Palsu 1 (g) Berjudi 1 (i) Kesalahan dibawah Akta Penapisan Filem
1 (j) Membunuh 2 (k) Sumbang Mahram 2 (l) Kesalahan di bawah Akta Kesalahan Kecil
4 (m) Akta Imigresen 1 Jumlah 11 21 9 Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengekang peningkatan gejala sosial di kalangan wanita muda?
Bagi mengekang peningkatan gejala sosial di kalangan kanak-kanak dan wanita muda dari terus meningkat, Kerajaan negeri dengan rasa komited melalui JKM telah melaksanakan beberapa usaha menangani seperti berikut:
i) Menyebarluas Perkhidmatan Talian Nur 15999
Talian ini yang beroperasi 24 jam sehari boleh memberi perrkhidmatan lebih mudah, pantas dan berkesan kepada orang ramai. Melalui talian ini masyarakat boleh melapor, mengadu, merujuk, memohon bantuan dan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan JKM termasuk untuk kanak-kanak dan wanita muda yang terlibat dengan gejala sosial.
ii) Menyediakan Tempat Perlindungan dan Pemulihan
JKM menyediakan tempat perlindungan bagi menempatkan kanak-kanak dan wanita muda yang terlibat dengan konflik undang-undang dan memerlukan pemulihan. Institusi JKM yang memberi perkhidmatan perlindungan dan pemulihan adalah Taman Seri Puteri Cheras dan Pusat Jagaan Sinar Kasih, Sg. Buloh.
iii) Program pencegahan di Peringkat Komuniti
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) diwujudkan bertujuan menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan bantuan sokongan. Di bawah PPKK diwujudkan Pusat Aktiviti Kanak- Kanak (PAKK) yang berfungsi untuk melaksanakan program advokasi dan pencegahan seperti seminar, kelas tuisyen,bengkel, motivasi, bimbingan serta kaunseling.Di Selangor terdapat sebanyak 17 buah PAKK.
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah (JKKD) diwujudkan bagi melaksanakan program pencegahan melalui penglibatan ahli masyarakat setempat dalam usaha mencegah berlakunya gejala sosial di kalangan remaja. Antara peranan yang dijalankan adalah melaksanakan program pencegahan, advokasi, pembangunan dan pengintergrasian semula ke dalam masyarakat. Sebanyak 11 JKKD telah diwujudkan di negeri Selangor.
iv) Perkhidmatan kaunseling
JKM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling di peringkat negeri dan daerah sebagai salah satu usaha untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat serta kaunseling kepada kanak-kanak dan dan wanita muda yang masih diperingkat awal terdedah kepada bahaya moral.
v) Program Bengkel interaktif
Program Bengkel Interaktif ini melibatkan kanak-kanak yang telah jatuh hukum oleh Mahkamah untuk mereka menjalani pemulihan. selaras dengan keperluan Akta Kanak-kanak 2001. Bengkel ini lazimnya akan melibatkan ibu bapa atau penjaga seperti menghadiri sesi kaunseling dan kursus keibubapaan dalam membincangkan permasalahan sosial anak-anak. Jadual 1 adalah bilangan kes kanak-kanak dan remaja yang perlu menghadiri Bengkel Interaktif oleh Mahkamah.
Bilangan Kes Yang Menghadiri Bengkel Interaktif Tahun 2014 dan 2015
DAERAH TAHUN 2014 2015
Petaling Jaya 24 8 Hulu Langat 33 57 Subang Jaya 68 38 Shah Alam 20 28 Gombak 57 36 Kuala Langat 44 58 Hulu Selangor 22 13 Klang 41 94 Sepang 15 11 Kuala Selangor 92 46 Sabak Bernam 33 37 JUMLAH 449 426 Sumber : Bahagian Kaunseling, JKMN Selangor
- Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial disediakan sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan menangani gejala sosial secara holistik dan bersepadu. Ianya meliputi semua aspek bagi memastikan tindakan menangani gejala sosial dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan
- Satu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Selangor yang di pengerusi oleh YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains,
Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor diwujudkan. Manakala Jawatankuasa yang bersifat inklusif telah ditubuhkan di setiap Daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor JAIS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JKKK, Jabatan Pelajaran Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, Ketua-ketua kaum, Persatuan Pesara, Kaunselor dan Agensi dan NGO,s yang berkaitan.
- Kerajaan Negeri bersetuju untuk menggunakan pendekatan bersepadu iaitu 5P :
- Pembangunan (Development)
- Pencegahan (Prevention)
- Pencelahan (Intervention)
- Penguatkuasaan (Enforcement)
- Pemulihan (Rehabilitation)
- Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor. Pelbagai program telak dilaksanakan seperti Jelajah Generasi Idaman Selangor dengan pengisian ilmu seperti Forum Generasi Idaman Selangor, pertandingan menunggang motosikal berkhemah, pameran jabatan serta agensi kerajaan, dan Bengkel Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial