Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
130) KITAR SEMULA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kitar semula sampah domestik akan menjadi dasar KNS? Bilakah ianya akan di capai?
Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang berusaha dalam melaksanakan kajian mengenai kitar semula dan sedang menjalankan kajian melalui Projek Perintis Kitar Semula yang melibatkan empat (4) PBT iaitu MBPJ, MPKj, MPAJ dan MDHS melibatkan 1000 unit bangunan (perumahan/komersial) di mana objektif utama adalah untuk mengkaji kaedah terbaik pengasingan sisa pepejal di peringkat punca dan kesedaran kitar semula di kalangan penduduk Negeri Selangor supaya program ini dapat dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor dalam masa
-
Apakah inisiatif program di peringkat DUN yang dirancang oleh KNS bagi memastikan perlaksanaan program kitar semula menjadi budaya masyarakat Selangor?
Buat masa ini tiada inisiatif program kitar semula diberikan di peringkat DUN oleh Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menggalakkan PBT melaksanakan program-program seumpama ini seperti hari gotong royong, pengumpulan bahan kitar semula yang melibatkan peringkat ADUN, Ahli Majlis dan Jawatankuasa Penduduk di kawasan PBT masing-masing.