Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
129) PROJEK PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF PERPARITAN KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG, MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek tersebut seperti yang dijanjikan oleh Y.B Exco yang turun padang pada tahun 2013?
Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Selangor telah memasukkan program Menaiktaraf Sungai Chemubung, Daerah Gombak ke dalam cadangan RMK-11 yang mana ianya merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Bahagia Bukit Lagong, Mukim Batu dan kawasan
Cadangan perlaksanaan bagi Kajian dan Rekabentuk akan dilaksanakan pada tahun 2016 sekiranya permohonan diluluskan dan perlaksanaan projek tersebut dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2017. Pada masa yang sama, perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dilaksanakan setiap tahun secara berkala.
-
Bilakah projek ini akan siap sepenuhnya?
Tempoh penyiapan projek menaiktaraf Sungai Chembung bergantung kepada kelulusan peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan