Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

110) PENGIKTIRAFAN SIJIL UEC

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan terkini pengiktirafan sijil UEC

    Unisel telah menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat pada 7 September 2015. Dalam proses persiapan menghadiri mesyuarat berkaitan, mendapati UNISEL tiada halangan dari MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk mengambil pelajar dari lepasan UEC. Untuk merealisasikannya Unisel perlu memohon penambahan pada syarat kemasukan bagi setiap

  2. Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh pihak UNISEL dalam perkara ini

    Unisel telah meneliti standard syarat kemasukan yang dikeluarkan MQA dengan syarat kemasukan sedia ada dalam masa terdekat. Permohonan penambahan syarat kemasukan akan dihantar kepada Kementerian. Unisel hanya akan mengambil pelajar lepasan UEC setelah mendapat kelulusan pertambahan syarat kemasukan bagi setiap

  3. Adakah agensi kerajaan negeri akan mengambil graduan lepasan UEC setalah pengiktirafan mula dilaksanakan?

    Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) diperkenalkan oleh Gabungan Persatuan Ahli Lembaga-lembaga Sekolah Cina kepada pelajar-pelajar Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) bertujuan menilai akademik pelajar pada satu penyelarasan piawaian dan menyediakan piawai akreditasi bagi melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara. Pada masa ini, sebanyak 60 buah sekolah di Malaysia termasuk 4 buah sekolah di Selangor telah mengamalkan

     

    Pada 7 September 2015, pihak Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan bersama Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) bagi membincangkan isu-isu berkaitan UEC. Pembentangan telah dibuat oleh wakil Dong Zong mengenai latar belakang, sejarah penubuhan dan sistem peperiksaan yang dilaksanakan.

    Pada masa ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Oktober 2015 telah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) bagi menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi. Pada masa ini, hanya Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INPENS) sahaja yang menerima kemasukan daripada pelajar lepasan UEC.

     

    KUIS sudah pun mendapatkan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkenaan UEC untuk beberapa program, manakala UNISEL pula sedang di dalam proses mendapat pengiktirafan UEC sebagai sijil yang setara dengan sijil asasi, daripada pihak MQA untuk program-program kursus pembelajaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.