Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

102) ISU PASIR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan sedar masih ada kes-kes perusahaan pasir haram di Selangor?

    Tiada kes-kes kecurian pasir berskala besar (5 ekar ke atas) di Negeri Selangor. Namun demikian, Kerajaan Negeri menyedari masih terdapat kes-kes kecurian pasir berskala kecil dan Unit Penguatkuasaan di Pejabat Tanah Daerah (PTD) sentiasa menjalankan rondaan dan pemantauan bagi membanteras aktiviti

  2. Jika ya, apakah langkah-langkah pengawalan yang telah dan akan diambil?

    Langkah-langkah kawalan yang telah diambil adalah seperti berikut:-

     

    • Menjalankan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965;

     

    • Menjalankan tindakan statik di kawasan yang telah dibuat pengutakuasaan bagi mengelakkan pengusaha pasir haram ini beroperasi kembali;

     

    • Kerajaan Negeri telah meluluskan bagi pengambilan 100 orang Anggota Penguatkuasa dan 15 orang Penolong Pegawai Tanah bagi meningkat pengawalan pengeluaran bahan batuan;

     

    • PTG Selangor telah mengambil tindakan menyeragamkan penggunaan doket pengeluaran bahan batuan di setiap daerah bagi memastikan pengeluaran bahan batuan menggunapakai doket yang mempunyai ciri- ciri
  3. Mohon nyatakan kedudukan hasil pasir sebelum dan selepas Kerajaan Pakatan ambil alih.

    Selepas Kerajaan Pakatan mengambil alih, hasil kutipan royalti bagi bahan batuan (pasir) adalah lebih tinggi. Butiran hasil kutipan royalti adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.