Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

94) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan pengasingan sisa pepejal domestik di punca?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian pengasingan sisa isi rumah melalui Projek Perintis Kitar Semula bermula pada 28 September 2015 hingga 31 Disember 2015 di empat (4) PBT berstatus Bandaraya, Perbandaran dan Daerah bagi melihat trend masyarakat dalam pengasingan sisa isi rumah secara real time dan mencadangkan pengurusan kitar semula di samping melihat kemampuan PBT. Empat (4) PBT yang terlibat adalah:-

     

    PBT Lokasi
     

     

     

    MBPJ

    Perumahan Kampung

    – Kg. Sg. Kayu Ara

    Perumahan Kondo

    – Boulevard Residence

    Komersial

    – 10 Boulevard

     

     

    MPKj

    Perumahan Teres

    – Bandar Sg. Long, Seksyen 7

    Komersial

    – Jalan SL 1/4

     

    MPAJ

    Perumahan Flat

    – Flat Merpati B

    Perumahan Kondo

     

      – Pandan Puteri
     

     

    MDHS

    Perumahan Kos Rendah

    – Bandar Utama Batang Kali, Seksyen 3

    Komerial

    – Jalan Meranti 1

     

  2. Apakah cara pelupusan yang digunapakai PBT untuk sisa kebun dan keratan ranting pokok tepi jalan?

    Cara yang diguna pakai PBT untuk melupuskan sisa kebun dan keratan ranting pokok tepi jalan adalah:-

    • PBT melantik kontraktor pembersihan awam melalui tender terbuka yang merangkumi kerja-kerja kutipan sisa kebun dan keratan ranting di tepi jalan kawasan operasi PBT;
    • Kutipan yang dibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu atau setiap hari mengikut kemampuan PBT;
    • Sisa tersebut akan dihantar ke tapak pelupusan sedia yang digunakan oleh PBT masing-masing sama ada tapak pelupusan sanitari atau tapak pelupusan
  3. Apakah sistem pelupusan yang digunapakai PBT untuk sisa komersial bagi kedai-kedai komersial dan perindustrian?

    Bagi kutipan    untuk   sisa    komersial    bagi    kedai-kedai    komersial    dan perindustrian adalah seperti di bawah:-

    • PBT melantik kontraktor kutipan sampah melalui tender terbuka;
    • Kutipan yang dibuat adalah setiap hari kecuali hari Ahad;
    • Sisa tersebut akan di hantar ke tapak pelupusan sedia yang digunakan oleh PBT masing-masing sama ada tapak pelupusan sanitari atau tapak pelupusan terbuka; dan
    • Kutipan sisa industri adalah dilantik oleh pengusaha

Lampiran

Tiada Lampiran.