Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
59) PANEL MENTOR USAHAWAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang TPPA?
a dan b)
Kerajaan tidak bersetuju dengan pelaksanaan TPPA yang jelas tidak menyebelahi rakyat dan memberi kesan negatif kepada kemampanan dan kualiti hidup rakyat. Perjanjian ini turut dilihat sebagai satu bentuk penjajahan secara halus kuasa-kuasa besar terhadap ekonomi negara kita.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyarankan supaya Kerajaan Persekutuan melaksanakan tindakan berikut :
- Menangguhkan perundingan TPPA sehingga teks perjanjian didedahkan kepada rakyat;
- Mengadakan rundingan dan memberi pencerahan kepada semua ahli Parlimen di Malaysia supaya lebih jelas dan telus;
- Kerajaan Persekutuan perlu menyatakan dengan jelas tindakan- tindakan yang dilaksanakan untuk menjaga kepentingan rakyat supaya dasar ekonomi pasaran terbuka ini tidak menggugat hak dan kepentingan rakyat; dan
- Menerangkan dan menyatakan dengan jelas secara perundangan bagaimana Perjanjian ini tidak menjejaskan isu-isu sensitif seperti berikut :
- Manipulasi nilai matawang negara;
- Menjaga dan memelihara hak dan kepentingan tenaga buruh Malaysia;
- Melindungi harta intelek negara (IPR-Intellectual Property Right); dan
- Memelihara pasaran peniagaan
-
Apakah usaha dan tindakan Kerajaan terhadap pendirian tersebut?