Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
51) SUKAN WANITA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan 50% dari penduduk Selangor adalah wanita, apakah ada perancangan KNS memberikan fokus untuk sukan untuk kaum wanita?
Kerajaan Negeri Selangor (KNS) melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sentiasa membangunkan sukan yang seimbang sama ada untuk kaum lelaki mahupun kaum wanita. Ini adalah kerana umumnya sukan – sukan sedia ada memperuntukkan kategori lelaki dan
-
Apakah jenis sukan yang di berikan tumpuan?
Umumnya sukan – sukan yang diberi tumpuan adalah sukan – sukan yang sememangnya ada acara wanita seperti sukan tenpin bowling, sukan memanah, menembak, boling padang, olahraga, hoki dan banyak lagi. Majoriti sukan – sukan ini ada kategori wanita dan ramai wanita yang mengambil bahagian.
-
Apakah KNS merancang membina infrastruktur gelanggang yang untuk tujuan ini seperti bolajaring dan lain-lain?
Infrastruktur gelanggang untuk tujuan sukan bola jaring dan lain – lain telah sedia ada di setiap daerah sama ada ianya milik Kerajaan Negeri mahupun milik swasta. Gelanggang – gelanggang yang sedia ada ini diharap digunakan sebaik – baiknya dengan menjalankan pelbagai aktiviti sukan bukan hanya penganjuran pertandingan, malah ianya juga boleh dijadikan untuk menjalankan seminar atau bengkel – bengkel seperti teknik asas permainan, peraturan dan lain – lain aktiviti yang bersesuaian. Pihak Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti keperluan membina infrastruktur gelanggang untuk pengembangan prasarana ini pada masa akan