Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
48) TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK PEKERJA LADANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang amat komited dalam membantu anak – anak pekerja ladang di seluruh Selangor dalam mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna. Keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dapat dilihat melalui penganjuran Program Bantuan Yuran Pengajian di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dimana ia merupakan satu program sumbangan kewangan kepada anak – anak pekerja ladang di Negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Sumbangan kewangan tersebut diberikan secara cek di atas nama Bendahari Universiti atau Kolej yang berkenaan. Seperti yang kita sedia maklum, yuran pengajian adalah berbeza bagi sesebuah Universiti atau Kolej berdasarkan jurusan yang dipilih. Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan jumlah maksima RM5000.00 bagi seorang anak pekerja ladang atau jumlah keseluruhan yuran pengajian yang mana lebih rendah.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan khusus untuk menaikkan sumbangan kewangan tersebut kerana berpendapat jumlah tersebut masih relevan dan mencukupi dimana ia dapat diberikan sama rata kepada semua permohonan yang diterima berdasarkan syarat – syarat kelayakan permohonan. Tambahan lagi, sumbangan kewangan ini diberikan secara percuma kepada pemohon bagi meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh mereka.
Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang mengambil maklum cadangan daripada Y.B. Jeram untuk manaikkan yuran pengajian di masa hadapan selaras dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari dalam membantu meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pekerja ladang.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaikkan bantuan yuran pengajian (IPTA/IPTS) anak-anak pekerja ladang?
Jumlah penerima bantuan yuran pengajian dari tempoh 2014 sehingga 2015 adalah seperti berikut :
Senarai Nama Penerima Yuran Pengajian Tahun 2014 Dibawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang
BIL NAMA PENERIMA / NO IC INSTITUSI PENGAJIAN 1. Nurul Syazana binti Mohd Azmi 951220-08-5186
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2. Srivaran a/l Uthama Puthiran 931022-10-6443
INPENS International College 3. Pushpanathan a/l Laskmanan 941129-10-5677
INPENS International College 4. Siva Sree A/L Nallandram 960928-10-6389
Universiti Selangor 5. Veenayagam A/L Sellamuthu 960905-10-6263
Universiti Selangor - Senarai Nama Penerima Yuran Pengajian Tahun 2015 Dibawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang
BIL NAMA PENERIMA / NO IC INSTITUSI PENGAJIAN 1. Sugan Rao A/L Mageswara Rao 930713-14-6327 PUTRA INTELEK INTERNATIONAL COLLEGE 2. Thevanraj A/L Narayanan 961111-14-5521 Swinburne University Of Technology Sarawak Campus 3. Sassi A/L Shritharan 900811-08-6009
Universiti Putra Malaysia 4. Syahrain Suzana Binti Muhammad Adnan 960817-14-5588
Swinburne University Of Technology Sarawak Campus 5. Deeneshavathy A/P Thasarathen 940129-10-5744
Universiti Selangor (UNISEL) 6. Mathanraj A/L Subramaniam 960427-10-5767 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor -
Berapakah jumlah penerima bantuan yuran pengajian ini dari 2014-2015?