Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
29) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan keluasan tanah rizab orang asli yang digazetkan sejak May 2013 sehingga sekarang? Senaraikan.
a , b) dan c)
Keluasan rizab Orang Asli yang terkini yang diukur adalah 300. Seluas 333.78 ekar ianya berada di daerah Hulu Selangor dan Kuala Langat. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui MMKN yang Ke 31/2015 pada 22 September 2015 secara dasarnya telah meluluskan permohonan pewartaan penempatan Orang Asli dan tindakan untuk proses pewartaan sedang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Sepang. Tanah Rizab tersebut seluas 210.257 ekar yang terdiri daripada tiga kampung Orang Asli di Daerah Sepang.
Kerajaan Negeri Selangor juga melalui Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor berusaha dalam proses, peringkat proses untuk mendapatkan pelan pra-hitung tanah Orang Asli bagi tujuan pewartaan sebagai rizab Orang Asli. Anggaran masa untuk proses ini adalah daripada permulaan pemetaan komuniti dan pemetaan pelan pra-hitungan boleh mengambil masa sebanyak selama satu tahun. Antara kawasan-kawasan tersebut yang dalam proses untuk mendapat pelan pra-hitungan adalah seperti Kampung Orang Asli Pulau Banting, Kampung Orang Asli Kepau Laut.
Kedua-duanya di Daerah Kuala Langat. Di Daerah Sepang adalah Kampung Orang Asli Jambu, Kampung Orang Asli Bukit Tampoi Tasek Seberang dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek dan jumlah kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk membuat pelan pra-hitungan adalah RM191,828.20. Lokasi-lokasi Kampung Orang Asli yang dalam tindakan untuk mendapat sebut harga bagi penyediaan pelan pra-hitungan adalah:-
- Kampung Orang Asli Sungai Kelubi
- Kampung Orang Asli Sungai Naning
Kedua-duanya di Hulu Selangor dan juga di Hulu Langat respectively dengan izin dan Kampung Orang Asli Bukit Jenok dan Kampung Orang Asli Galor di Daerah Sepang.
Jadi kita sedang tunggu sebut harga daripada syarikat-syarikat yang berkenaan dan soalan daripada Damansara Utama macam mana Kerajaan boleh mempercepatkan proses penggazetan tanah rizab Orang Asli sebenarnya prosesnya bukan senang dan bukan cepat ianya adalah satu proses di mana ada beberapa peringkat dan setakat ini KPI ataupun fokus target kita untuk menggazetkan beberapa kampung-kampung Orang Asli di Negeri Selangor adalah menepati masa yang dirancangkan.
Dengan izin, Tuan Speaker, saya juga ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 252 daripada Yang Berhormat Jeram tentang Orang Asli juga, soalan pokoknya adalah berkenaan bantuan Kerajaan Negeri kepada Mualaf Orang Asli yang melalui MAIS pada tahun 2015 adalah seperti berikut:-
- Bantuan bina rumah, 48 bilangan rumah. Amaun yang dikeluarkan oleh MAIS adalah RM2.669
- Bantuan modal perniagaan berjumlah RM48.4 ribu. Maksudnya empat puluh lapan ribu empat ratus
- Bantuan pendidikan kepada 17 mahasiswa ataupun pelajar mualaf Orang Asli jumlahnya adalah RM104,200.00.
Selain daripada itu terdapat pelbagai bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak MAIS kepada asnaf mualaf Selangor termasuk Orang Asli seperti bantuan bulanan sebanyak RM300.00 bagi individu mualaf berumur 18 tahun ke atas dan tambahan RM100.00 bagi setiap tanggungan Ketua Keluarga.
Jumlah soalan kedua daripada Jeram adalah jumlah keluasan hasil pemetaan komuniti tanah adat Orang Asli untuk tahun ini adalah 3,779.33 ekar yang terdiri daripada kawasan penempatan Orang Asli dan juga kawasan rayau Orang Asli dan untuk tahun 2014 dan tahun 2015 kita telah adakan beberapa program ataupun projek pembangunan untuk dua-dua tahun ini kita fokus
kepada satu projek yang dipanggil projek tanpa rumah. Maksudnya kita, bantu membina rumah baru yang dirosakkan kerana dirosakkan oleh bencana banjir ke, api dan sebagainya ataupun yang amat-amat miskin. Jadi jumlah unit yang dibina untuk tahun 2014 adalah 13 unit berjumlah RM257,000.00 dan untuk tahun 2015 kita dalam proses untuk membina 21 unit rumah di Negeri Selangor khasnya untuk Orang Asli.
-
Sila nyatakan tanah-tanah yang dalam proses mendapatkan pelan pra-hitungan dan berapa lama telah diambil?
Pihak pemaju Sime DARBY Berhad melalui kebenaran merancang untuk pelaksanaan projek perumahan Bukit Raja Fasa 2 dikehendaki memperuntukkan tanah seluas 50 ekar untuk tujuan pembinaan hospital. Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia tentang kedudukan tanah Hospital Kapar seluas 60 ekar. Status terkini pihak Kerajaan Negeri Selangor masih belum memaklumkan secara rasmi persetujuan penyerahan tanah tersebut kepada pihak Kementerian dan pihak pemaju Sime Darby memaklumkan bahawa urusan penyerahan tanah masih di peringkat perbincangan dengan Kerajaan Negeri.
Bagi pembinaan klinik, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri untuk pembinaan Klinik Desa Sungai Bertik yang baru di Daerah Klang untuk makluman klinik asal terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang dikawal selia oleh JKR Selangor sebagai Agensi Pelaksana. Klinik Desa yang baru merupakan Klinik Kesihatan Jenis Tujuh yang ditempatkan di tapak berkeluasan dua ekar iaitu merupakan tapak pejabat pembinaan untuk projek Jambatan Ketiga Klang sedia ada dan tapak tersebut milik Kerajaan Negeri Selangor. Anggaran kos pembinaan bangunan Klinik Kesihatan Jenis
Tujuh ialah sebanyak RM7 juta termasuk kos pembinaan bangunan, peralatan perubatan dan empat unit kuarters.
Kaedah pembinaan menggunakan kaedah industrialised building system ( IBS dan tempoh pembinaan selama 6 bulan. Kerajaan Negeri Selangor akan menyerahkan bangunan Klinik Kesihatan dan tanah berkeluasan dua ekar setelah projek pembinaan bangunan klinik tersebut telah siap dibina. Untuk operasi sementara, operasi Klinik Desa Sungai Bertik beroperasi di pusat komersial berhampiran dengan tapak asal klinik dan kos penyewaan bulanan serta kos renovasi klinik sementara dibiayai oleh peruntukan kerajaan negeri. Status semasa, pihak Jabatan Kesihatan Selangor dan Kementerian Kesihatan telah memajukan Need Of Statement untuk skop pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Tujuh ini kepada pihak JKR Selangor untuk proses penyediaan rekabentuk.
HOSPITAL DAN KLINIK DALAM PEMBINAAN DI BAWAH RMK – 10
- KOMPLEKS OBSTETRIK, HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
- KERJA-KERJA PEMBAIKAN SILING, HOSPITAL SERDANG
- KUARTERS INTEGRASI, HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
- KLINIK DESA 2G SUNGAI LUI, HULU LANGAT
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 SIMPANG LIMA, SABAK BERNAM
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 KOTA DAMANSARA, PETALING
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 BANDAR TUN HUSSEIN ONN, HULU LANGAT
HOSPITAL DAN KLINIK DALAM PERANCANGAN DI BAWAH RMK – 10
- KLINIK PERGIGIAN TANJUNG KARANG, KUALA SELANGOR
- HOSPITAL TANJUNG KARANG
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 KAPAR, KLANG
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 PUCHONG, PETALING
- BLOK PERGIGIAN BUKIT CHANGGANG, KUALA LANGAT
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 GOMBAK SETIA, GOMBAK
- NAIKTARAF HIGH DEPENCY WARD, HOSPITAL SUNGAI BULOH
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 SELAYANG BARU, GOMBAK
- NAIKTARAF WAD PENYAKIT BERJANGKIT, HOSPITAL SUNGAI BULOH
- PEMBINAAN DEWAN BEDAH DAN CSSD BARU, HOSPITAL BANTING
- STOR FARMASI, HOSPITAL ORANG ASLI, GOMBAK
- KUARTERS KLINIK KESIHATAN PULAU KETAM, KLANG
- PUSAT KARDIOLOGI, HOSPITAL SERDANG
- NAIKTARAF SISTEM ELEKTRIK, HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
CADANGAN PROJEK DI BAWAH PERUNTUKAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEBELAS (RMK–11)
Berikut merupakan senarai projek yang telah diluluskan diperingkat Kementerian bagi Rolling pertama (RP 1) :
- KLINIK KESIHATAN JENIS 2 BANDAR KINRARA,
- KLINIK KESIHATAN JENIS 3 DAN KUARTERS (2F &2G) SIJANGKANG, KUALA LANGAT
- KUARTERS INTERGRASI KLINIK KESIHATAN SOEHARTO (16G) (GANTIAN), HULU SELANGOR
- KLINIK PERGIGIAN SEKINCHAN, SABAK BERNAM
- PEMBINAAN IBU PEJABAT PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
- NAIKTARAF ICU HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
- 8 UNIT KUARTERS KELAS G KLINIK KESIHATAN BATU ARANG, GOMBAK (GANTIAN)
- NAIKTARAF HOSPITAL KAJANG
- 8 UNIT KUARTERS KELAS G KLINIK KESIHATAN BERANANG, HULU LANGAT (GANTIAN)
- PROJEK NAIKTARAF WAD-WAD PENYAKIT BERJANGKIT (FASA 2), HOSPITAL SUNGAI BULOH
- MENAIKTARAF WAD SEDIA ADA UNTUK DIJADIKAN MAKMAL GENETIK HOSPITAL SUNGAI BULOH
- PUSAT KECEMERLANGAN KEMAHIRAN KEPAKARAN PERUBATAN KKM, DI SUNGAI BULOH
- MENAIKTARAF SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN (BPFK), PETALING
- MENAIKTARAF WAD-WAD DI PKKN UNTUK DIJADIKAN JABATAN O&G, HOSPITAL SUNGAI BULOH
- PEROLEHAN TANAH HOSPITAL KAPAR, KLANG, SELANGOR
- CENTRE FOR DISEASE CONTROL AND PREVENTION (CDC) MALAYSIA DI SUNGAI BULOH
- BLOK TAMBAHAN BARU MAKMAL KESIHATAN AWAM KEBANGSAAN, DI SUNGAI BULOH
- HOSPITAL CYBERJAYA, SEPANG
-
Bagaimanakah kerajaan boleh mempercepatkan proses penggazetan tanah rizab orang asli?