Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
23) SKIM CERIA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Skim Ceria dan tindakan pembaikan yang dilakukan dari tahun 2013-2015 mengikut PBT?
Perbelanjaan Skim CERIA mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari tahun 2013 – 2015 adalah seperti berikut :
BIL
PBT
TAHUN 2013 TAHUN 2014 TAHUN 2015 JUMLAH KAWASAN RM 1. MBPJ 1,048,400.00 9,756,490.92 5,501,137.80 25 16,306,028.72 2. MBSA 295,861.00 582,245.10 966,000.00 6 1,844,106.10 3. MPAJ 305,644.40 326,215.00 1,545,174.00 9 2,177,033.40 4. MPK 206,850.00 1,106,536.00 39,432.00 3 1,352,818.00 5. MPSJ 602,423.86 1,627,959.60 1,361,991.50 14 3,592,374.96 6. MPSp 1,062,616.00 504,782.60 778,559.40 4 2,345,958.00 7. MPKj – 3,634,985.67 2,526,201.90 24 6,161,187.57 8. MPS – 965,456.00 371,667.80 4 1,337,123.80 9. MDHS 350,500.00 76,831.70 – 2 427,331.70 10. MDKL 125,536.00 – 14,000.00 2 139,536.00 11. MDKS 373,372.00 – – 1 373,372.00 JUMLAH KESELURUHAN 94 36,056,870.25 -
Apakah kriteria bagi memohon skim ini?
Antara kriteria utama bagi permohonan Skim CERIA ini adalah seperti berikut :
- Permohonan dibuat oleh Pengurusan Bangunan seperti JMB / MC / Pemaju / Ejen Pengurusan Berdaftar atau Persatuan Penduduk Berdaftar
- Pangsapuri adalah terdiri daripada kategori pangsapuri kos rendah (Julat harga belian pertama/daripada pemaju : RM0-RM42,000.00) dan pangsapuri kos sederhana rendah (Julat harga belian pertama/daripada pemaju : >RM42,000.00-RM72,000.00)
- Mempunyai kedudukan kewangan pengurusan yang stabil
- Permohonan baikpulih harta bersama pangsapuri adalah tidak termasuk baikpulih jenis kerosakan yang melibatkan kecacatan struktur bangunan
- Pangsapuri yang memohon juga perlu mempunyai Sijil Layak Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness).
-
Berapakah jumlah permohonan yang lulus dan permohonan ditolak dari 2013- 2015 mengikut PBT?
Permohonan yang lulus dan ditolak dari tahun 2013 – 2015 mengikut PBT adalah seperti berikut :
BIL
PBT
TAHUN 2013 TAHUN 2014 TAHUN 2015 JUMLAH
LULUS TOLAK LULUS TOLAK LULUS TOLAK 1. MBPJ 10 – 12 1 6 – 29 2. MBSA 2 – 4 2 5 – 13 3. MPAJ 3 – 2 3 9 1 18 4. MPK 1 – 14 – 2 – 17 5. MPSJ 5 – 7 2 5 – 19 6. MPSp 2 – 1 2 1 – 6 7. MPKj – – 17 2 20 3 42 8. MPS – – 7 – 3 – 10 9. MDHS 1 – 2 – – – 3 10. MDKL 1 – – – 1 1 11. MDKS 1 – – – – – 1 12. * DBKL – – 2 – – 2 26 26 – 66 14 52 5 163 * Permohonan ditolak kerana terletak di bawah Pentadbiran DBKL