Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
15) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan 3 pusat kebudayaan di Negeri Selangor?
Semenjak sidang Dewan yang lalu, Kerajaan Negeri telah menjalankan usaha yang proaktif dalam usaha mengenal pasti permasalahan dan langkah yang perlu diambil bagi memastikan hasrat mewujudkan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini menjadi
Hasil kerjasama yang telah diberikan daripada semua pihak, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pusat Kebudayaan Negeri pada 15 Julai 2015 yang lalu yang akan dipengerusikan bersama oleh Y.B Tuan Amirudin Bin Shari yang mewakili Pusat Kebudayaan Melayu, Y.B Dato’ Teng Chang Khim yang mewakili Pusat Kebudayaan Cina dan Y.B Tuan Ganabatirau Veraman yang mewakili Pusat Kebudayaan India.
Jawatankuasa Pemandu ini terdiri daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor (JPS) manakala Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bertindak selaku Urus setia.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti tanah-tanah yang terlibat dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Klang di mana pada masa yang sama terdapat beberapa perkara berkaitan perundangan, pemilikan dan pembangunan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandang lokasi tanah-tanah yang telah dikenal pasti terletak di kawasan pembangunan dan kediaman sedia ada.
Bagi memastikan perancangan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini mengikut perancangan asal seperti yang telah dirancang terdahulu, Kerajaan Negeri juga sedang mengumpulkan semula blueprint pelan pembangunan asal daripada pihak yang terlibat. Pada masa yang sama, blueprint sedia ada ini akan menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri untuk menghasilkan satu
pelan tindakan pembangunan yang komprehensif sebelum pembinaan Pusat Kebudayaan Melayu Cina dan India ini dapat dimulakan. Memandangkan kos pembangunan yang begitu besar, Kerajaan Negeri harus meneliti perkara-perkara teknikal supaya perancangan dan pemajuan ini dapat berjalan lancar dengan mengambil kira kepentingan-kepentingan stakeholders yang
-
Berapakah peruntukan kewangan disediakan untuk tujuan ini?
Kerajaan Negeri pada masa ini masih lagi belum membuat keputusan atau menetapkan jumlah peruntukan kewangan yang akan diperuntukkan bagi tujuan membangunkan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India memandangkan perkara ini masih di peringkat penyediaan
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menjangkakan kos keseluruhan pembangunan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini akan menelan belanja sebanyak RM300 juta sehingga ia siap sepenuhnya.
-
Agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawap untuk membina dan mentadbir pusat-pusat ini?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih belum mengenal pasti agensi Kerajaan yang akan bertanggungjawab dalam membina dan mentadbir pusat-pusat kebudayaan ini memandangkan perancangan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini masih lagi di peringkat penyediaan dasar. Walau bagaimanapun, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bertindak selaku Urus setia dan seterusnya akan memikul tanggungjawab tersebut sehingga diputuskan