Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

13) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program yang telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor?

    Program-program yang telah dijalankan untuk meningkatkan penghayatan Islam dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor ialah:

     

    • Program Pengukuhan Perkhidmatan Awam
    • Wacana Minda
    • Wacana Khilafiah
    • Diskusi Wanita
    • Program Membudayakan Ilmu

     

    JAIS akan memperkasakan program-program ini supaya dapat dilaksanakan ke seluruh Negeri Selangor bagi meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor.

  2. Apakah program untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor

    JAIS telah mengambil beberapa pendekatan untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Antara pendekatan ialah dengan melaksanakan seminar bengkel, khursus dan latihan iaitu program Wacana Minda, Seminar Pengukuhan Perkhidmatan Awam, Seminar Pemantapan Akidah dan Wacana Ilmu Penjelasan Khilafiah dalam Ibadah. Di samping itu mengedarkan risalah dan pamplet ke agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan Islam serta penyampaian Ilmu melalui khutbah Jumaat.

  3. Berapakah peruntukan yang disediakan ?

    Jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM 89,200.

Lampiran

Tiada Lampiran.