Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
6) KURSUS TESL UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kursus TESL Unisel masih diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan?
Program Teaching of English as a Second Language (TESL) di Unisel di peringkat Diploma dan Sarjana Muda Pendidikan (Hons) TESL masih diiktiraf oleh kerajaan persekutuan oleh kerana ianya masih mendapat perakuan akreditasi dari MQA (sila lihat Lampiran 23 Mac 2015 dari MQA Yang mengekalkan perakuan akreditasi). Kedua-dua program ini merupakan program yang digemari oleh pelajar selain dari Pendidikan Awal Kanak- kanak.
-
Terangkan prospek kerjaya graduan TESL Unisel, termasuk sama ada graduannya juga diterima di luar negara?
Statistik ini berdasarkan rekod dari pensyarah program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda TESL. Prestasi pelajar Program ini amatlah tinggi berdasarkan pujian dari guru besar dan guru lain dari sekolah-sekolah kerajaan semasa mereka menjalankan
Dari tahun 2007 – 2014, berikut adalah kerjaya graduan TESL di:
Bil Kerjaya Tempat Jumlah 1 Pensyarah universiti (termasuk seorang di universiti di Singapore dan yang lain di UPM, UiTM, Unisel, UNITAR, UTAR) > 40 orang 2 Pensyarah I di Institut Kemahiran, Politeknik,Institut Latihan Industri, MRSM, Kolej Komuniti dan kolej2 Swasta >60% 4 Guru sekolah Menengah dan Rendah Kementerian Pendidikan >300 5. Guru sekolah Swasta Antarabangsa (Tenby international school, Fairview, Greenview etc. Mereka lebih suka berkerja di sekolah Swasta berbanding dengan sekolah kerajaan) Ramai 6. Guru Bahasa ELC, British Counsel Ramai 7. Sedang melanjut pelajaran di United Kingdom selepas tamat di UNISEL 7 orang 8 Ramai telah tamat ijazah Sarjana dari UM dan ramai universiti tempatan lain seperti UKM, UPM, UPSI,UiTM dan lain lagi.
ramai 9 Sedang buat PhD di UK >2 orang 10. Pegawai PTD >3 orang 11. Tentera laut 5 orang 12 Kastam diRaja Malaysia >3 orang 13. Bank tempatan >4 orang 14. Perniagaan sendiri 15. Buka Pusat Tiusyen/Tadika 5 orang 16. Award Tun Mahathir 4 orang