Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

2) PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat ini, berapakah jumlah keseluruhan peserta di Selangor?

    1. Bermula 26 Mac 2015, sehingga Oktober 2015 Hijrah Selangor telah membuka sebanyak 22 cawangan operasi di setiap kawasan Parlimen. Permohonan peserta telah diterima daripada setiap DUN (56 DUN) dan sehingga kini Hijrah Selangor telah meluluskan pinjaman kepada seramai 11,378 orang peserta dengan jumlah RM sebanyak RM59,363,000.00

     

    CAWANGAN (PARLIMEN) BIL PESERTA RM
    CAWANGAN KAPAR 586 2,626,000
    CAWANGAN KLANG 302 1,276,000
    CAWANGAN KOTA RAJA 517 1,976,000
    CAWANGAN KUALA SELANGOR  

    724

     

    3,381,000

    CAWANGAN SABAK BERNAM 717 3,692,000
    CAWANGAN SHAH ALAM 302 1,379,000
    CAWANGAN SUNGAI BESAR 994 4,988,000
    CAWANGAN TANJUNG KARANG  

    647

     

    3,106,000

    JUMLAH ZON 4,789 22,424,000
    CAWANGAN AMPANG 233 1,374,000
    CAWANGAN HULU LANGAT 636 3,843,000
    CAWANGAN KUALA LANGAT 662 4,538,000
    CAWANGAN PANDAN 279 1,558,000
    CAWANGAN PUCHONG 249 935,000
    CAWANGAN SEPANG 798 5,098,000
    CAWANGAN SERDANG 403 2,349,000
    JUMLAH ZON 3,260 19,695,000
    CAWANGAN GOMBAK 235 915,000
    CAWANGAN HULU SELANGOR  

    870

     

    5,153,000

    CAWANGAN KELANA JAYA 256 1,019,000
    CAWANGAN PETALING JAYA

    UTARA

     

    296

     

    1,454,000

     

    CAWANGAN PETALNG JAYA SELATAN  

    206

     

    835,000

    CAWANGAN SELAYANG 537 2,478,000
    CAWANGAN SUBANG 929 5,390,000
    JUMLAH ZON 3,329 17,244,000
    HIJRAH SELANGOR 11,378 59,363,000

     

  2. Apakah ukuran yang digunakan untuk menilai kejayaan peserta dan berapa ramai yang menepati ukuran tersebut?

    Kejayaan Program Hijrah Selangor akan diukur melalui perkara-perkara berikut

     

    i)             Sasaran Peserta

     

    Program Hijrah Selangor mensasarkan pemberian dana tambahan kepada seramai 56000 orang peserta dengan setiap DUN 1000 orang peserta menjelang Mac 2017. Dalam tempoh 8 bulan kewujudan Program Hijrah Selangor, seramai 11,378 peserta dengan pengeluaran jumlah pinjaman sebanyak RM59,363,000.00

     

    ii)            Kadar Bayaran Balik

     

    Pihak Hijrah Selangor mensasarkan kadar bayaran balik pinjaman minima 95% ke atas. Prestasi bayaran balik Program Hijrah Selangor kini adalah 99.%.

     

    iii)           Peningkatan Pendapatan Kasar Peserta Sebanyak Sekali Ganda

     

    Program HIJRAH SELANGOR mensasarkan peningkatan pendapatan kasar peserta sebanyak sekali ganda selepas 2 kali pinjaman diselesaikan. Sehingga kini, majoriti peserta Hijrah Selangor baru membuat pinjaman kali pertama. Buat masa ini, tidak sesuai untuk menjalankan kajian impak.

Lampiran

Tiada Lampiran.