Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

284) STATUS TAPAK BALAI POLIS LAMA MERU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah pemilik tapak yang sah? Senaraikan

    Tanah yang dimaksudkan iaitu Lot 2440 telah diwartakan sebagai simpanan Balai Polis GN 42-13.

  2. Apakah status bekas bangunan balai terbiar tersebut?

    Terdapat sebuah pondok polis separuh kekal yang sudah tidak digunakan lagi.

     

  3. Apakah ada perancangan pihak kerajaan untuk memajukan kawasan tersebut?

    Sehingga kini tiada perancangan yang diterima oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan kawasan berkenaan.  Walau bagaimanapun, sebarang perancangan untuk membangunkan kawasan tersebut perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.