Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

283) PENYELENGGARAAN LIF DI PPR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri melakukan penyelenggaraan secara berkala di semua PPR di Selangor?

    PHSSB telah diamanahkan untuk menyelenggara tiga (3) PPR iaitu:

    1. PPR Kota Damansara, Sekyen 8 Petaling Jaya
    2. PPR Kg. Baru Hicom, Seksyen 26 Shah Alam
    3. PPR Seri Kiambang, Serendah

    PHSSB telah melaksanakan urusan penyelenggaraan secara berkala merangkumi perkara seperti berikut:

    • Kebersihan

    Kerja-kerja kebersihan termasuklah pembersihan kawasan, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan pengurusan rumah sampah

    • Keselamatan

    Keselamatan memberi penekanan kepada kawalan keselamatan ke atas penduduk, harta dan kemudahan awam PPR dan mencegah vandalisma daripada berlaku

    • Mekanikal dan elektrikal

    Mekanikal dan elektrikal termasuklah penyelenggaraan lif, pendawaian,       pam air, tangki air dan sistem pencegahan kebakaran.

    • Sivil dan struktur

    Sivil dan struktur  termasuklah struktur bangunan, sistem pempaipan, dan sistem pembentungan.

  2. Nyatakan jumlah lif, lokasi dan nama PPR yang diselenggara oleh Kerajaan Negeri?

    1. PPR Kg. Baru Hicom – 9 unit
    2. PPR Kota Damansara – 12 unit
    3. PPR Serendah – tiada lif

Lampiran

Tiada Lampiran.