Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

282) PERBELANJAAN JAWATANKUASA TETAP AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah peruntukan bajet yang diberi kepada setiap jawatankuasa tetap (portfolio) ahli MMKN untuk tahun 2015. Sila berikan butiran.

    Mesyuarat MMKN) Bilangan 39/2014 yang telah disahkan pada 8 Oktober 2014, terdapat 39 portfolio yang telahpun diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli MMKN) masing-masing mengikut ketetapan yang telah diputuskan. Setiap portfolio yang diwujudkan pula beroperasi melalui Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikan oleh Ahli MMKN yang berkenaan.

    Berdasarkan portfolio berkenaan, setiap Jawatankuasa Tetap telah diperuntukkan sejumlah RM100,000.00 setahun bagi tujuan Belanja Mengurus yang dikawal dan diselaraskan oleh Pegawai Pengawal yang telah dilantik di Jabatan-jabatan yang berkaitan selaku Urus Setia Jawatankuasa Tetap.

    Manakala penggunaan peruntukan Jawatankuasa Tetap tersebut adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2009 – Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Jawatankuasa (SPPNS Bil. 1/2009), di mana pemakaian SPPNS Bil. 1/2009 berkenaan adalah berdasarkan kelulusan dan persetujuan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat MMKN) Bil. 1/2009 yang bersidang pada 7 Januari 2009.

     

    Butiran lanjut berkaitan senarai portfolio, Urus Setia Jawatankuasa Tetap serta amaun peruntukan mengurus adalah seperti di LAMPIRAN A.

  2. Berapakah jumlah peruntukan portfolio yang telah dibelanja oleh setiap ahli MMKN sejak Jan 2015 sehingga sekarang? Sila berikan butiran perbelanjaan.

    Secara dasarnya, garis panduan penggunaan peruntukan Jawatankuasa Tetap yang telah ditentukan adalah tertakluk kepada perkara-perkara seperti berikut:

    • Perbelanjaan Pengurusan:

    Peruntukan Jawatankuasa Tetap hanya dibenarkan untuk tujuan pengurusan Jawatankuasa Tetap seperti penganjuran mesyuarat, sesi taklimat, seminar, lawatan kerja, pembelian alat tulis, peralatan dan keperluan Urus Setia Jawatankuasa Tetap.

    Bagi tujuan lawatan kerja yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap, ia adalah tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat MMKN.

    • Pelaksanaan Program-program Yang Telah Ditetapkan Oleh Jawatankuasa Tetap:

    Setiap penganjuran program perlu diselaraskan bersama Urus Setia Jawatankuasa Tetap dan kos penganjuran adalah tidak melebihi RM20,000.00 bagi setiap program. Sebarang bentuk program perlu dikaji terlebih dahulu bagi memastikan ia memberi impak positif dan manfaat secara langsung kepada rakyat dan setiap program hendaklah diuruskan oleh Urus Setia Jawatankuasa Tetap tersebut.

    • Penggunaan Yang Tidak Dibenarkan:

    Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan kepada pertubuhan atau individu adalah tidak dibenarkan, kecuali yang telah dimasukkan ke dalam program tahunan Jawatankuasa Tetap. Manakala sumbangan dan bantuan kepada pertubuhan atau individu hendaklah menggunakan peruntukan tahunan Ahli MMKN (EXCO) atau Ahli Dewan Negeri (ADUN) yang berkenaan.

    Peruntukan Jawatankuasa Tetap juga tidak boleh digunakan untuk pembayaran gaji kepada kakitangan tambahan. Selain itu, sebarang program yang berkaitan dengan parti politik atau membawa faedah secara langsung kepada mana-mana parti politik adalah tidak dibenarkan.

    Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan perlu memastikan penggunaan peruntukan Jawatankuasa Tetap tersebut adalah mengikut garis panduan yang dinyatakan dan segala perbelanjaan perlu dipantau secara telus bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan salah guna peruntukan. Untuk makluman, setakat 30 Jun 2015 (setengah tahun 2015) keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan bagi maksud di atas adalah berjumlah 35.54%.

Lampiran

Tiada Lampiran.