Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

274) NAMA PENGERUSI SETIAP ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah nama Pengerusi Lembaga Pengarah anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri?

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi.

     

    Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-

     

    Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor
    1 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    3 Tourism Selangor Sdn Bhd
    4 Communication Corporation Sdn Bhd
    5 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    7 MSNS Holdings Sdn Bhd
    8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    10 Invest Selangor Berhad
    11 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
    12 Yayasan Warisan Anak Selangor
    1. Nama Pengerusi Lembaga Pengarah anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri tersebut adalah seperti berikut :-

     

    Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor Nama Pengerusi
    1 Permodalan Negeri Selangor Berhad Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
    2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Y.B Dato’ Noordin bin Sulaiman
    3 Tourism Selangor Sdn Bhd Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
    4 Communication Corporation Sdn Bhd Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
    5 Rantaian Mesra Sdn Bhd Y.B Dato’ Noordin bin Sulaiman
    6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
    7 MSNS Holdings Sdn Bhd Y.B Tuan Amiruddin Bin Shaari
    8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
    9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd Tuan Haji Sabtu Bin Md Ali
    10 Invest Selangor Berhad Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
    11 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
    12 Yayasan Warisan Anak Selangor Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali
  2. Berapakah elaun-elaun setiap Pengerusi anak-anak syarikat tersebut?

    Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah mempunyai tugas-tugas fudisiari yang merupakan tugas yang berat dalam menguruskan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan. Tugas fudisiari seorang Ahli Lembaga Pengarah antaranya adalah:

    a)Tidak menggunakan kedudukannya sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk memperolehi keuntungan bagi dirinya khususnya menyalahgunakan sebarang wang, harta atau maklumat.

    b)Tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepentingan badan tersebut.

    c)Tidak menyerahkan tugas fudisiari kepada pihak ketiga.

    d)Menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh serta dengan kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya dan jika perlu mendapatkan nasihat ikhtisas mengenai perkara ini.

    Setiap GLC mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memastikan pengurusan syarikat mengikut etika Code of Corporate Governance yang telah diwujudkan bagi menentukan hala tuju strategik syarikat mengikut acuan sendiri. Oleh yang demikian, sebarang maklumat berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan GLC ini tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum bagi memelihara kod etika urus tadbir korporat masing-masing. Tambahan pula, maklumat terperinci berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan bagi pengurusan atasan GLC ini merupakan perkara-perkara yang menyentuh kerahsiaan dan maklumat peribadi individu yang berhak untuk tidak didedahkan kepada mana-mana individu / pihak yang tidak berkenaan.

     

    Walaupun GLC ini merupakan entiti yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor, pendedahan maklumat peribadi pihak pengurusan atasan terutamanya yang berkaitan dengan gaji, bonus dan faedah-faedah perkhidmatan adalah dianggap sulit dan rahsia. Walaupun Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 boleh digunakan untuk setiap individu hak untuk mengakses yang munasabah ke atas sebarang maklumat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor, perkara berkaitan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan ini tertakluk kepada pengecualian maklumat seperti yang termaktub dalam Seksyen 14, Enakmen yang sama.

    Namun begitu, sekiranya Y.B. Ahli Dewan Negeri masih ingin mengemukakan pertanyaan berkaitan perkara ini, maka Y.B. Ahli Dewan Negeri bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar. Jawapan hanya akan diberikan secara umum sahaja kepada Y.B. yang bertanya sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.