Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
252) TAHUN MELAWAT SELANGOR (TMS) 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ketibaan pelancong di Negeri Selangor bersempena TMS 2015?
Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan hasil pendapatan industri pelancongan adalah melalui siri-siri promosi dalam dan luar negara yang dianjurkan oleh beberapa pihak terutamanya oleh Tourism Malaysia. Melalui program ini, kerajaan negeri melalui Tourism Selangor dan pemaju-pemaju industri pelancongan yang sama-sama menyertai program ini telah menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan keunikan aspek-aspek pelancongan yang ada di negeri Selangor di antaranya ialah pelancongan eko, pelancongan sukan dan pelancongan warisan sepertimana yang kita fokus sempena ‘Tahun Melawat Selangor 2015’. Dengan ini, kita dapat menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Selangor dan mereka dapat mengalami sendiri pengalaman unik dengan menikmati keindahan yang terdapat di Selangor.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong tidak kira pelancong dari luar atau di dalam negara. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilihat menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen.
Tourism Selangor turut menganjurkan acara-acara pelancongan sempena dengan Tahun Melawat Selangor 2015 (TMS 2015) yang mempunyai elemen pelancongan eko, sukan, warisan, islamik, pendidikan dan lain-lain. Acara-acara pelancongan yang dijalankan terbahagi kepada 3 kategori iaitu 9 Acara Utama, 5 Acara Sampingan dan 6 Acara PBT. Acara-acara pelancongan yang telah dan akan dianjurkan sempena TMS 2015 adalah seperti berikut :
Aktiviti menarik pelancong yang telah diadakan di peringkat Negeri dan daerah sempena Tahun Melawat Selangor 2015
Bil Program Tarikh/Tempat Maklumat Terperinci 01 Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015, Sempena
Temasya Selangor #15
30 Januari 2015
SACC Mall Shah Alam
• Pada tahun 2015, Negeri Selangor akan meraikan acara Tahun Melawat Selangor 2015. •Acara ini bertujuan untuk mewar-warkan tentang kempen Tahun Melawat Selangor 2015 kepada pelancong,penggiat-penggiat industri pelancongan yang terdapat di Selangor dan juga masyarakat tempatan.
02 Meet & Greet TMS 2015
14 Febuari 2015
Balai Ketibaan KLIA, Sepang
• Acara sambutan para pelancong dalam dan luar Negara di KLIA. Disambut dengan persembahan Bale-Bale, Orang Asli Mah Meri, cendol Percuma dan pelbagai aktiviti menarik. 03 Sambutan Thaipusam 2-3 Febuari 2015
Batu Caves
• Sambutan Thaipusam peringkat Negeri Selangor. 04 Pelancaran Tahun Melawat Selangor Peringkat Daerah Kuala Selangor dan Tram Baru 15 Febuari 2015
Kuala Selangor
• Sesi Pelancaran ini disempurnakan oleh YB Elizebeth Wong, untuk memberikan promosi tentang TMS 2015 di Daerah Kuala Selangor 05 Malaysia Women Marathon 7 & 8 Mac 2015 Shah Alam
• Penganjuran kali ke-3 di negeri Selangor. • Merupakan acara marathon wanita yang pertama di perkenalkan di Asia Tenggara.
• Jumlah penyertaan meningkat dari tahun ke tahun. Tahun 2014, jumlah penyertaan seramai 4000 peserta termasuk peserta peringkat Antarabangsa
• Mempromosikan destinasi Shah Alam sebagai salah satu destinasi pelancongan negeri Selangor .
06 Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor 28 Febuari 2015 MPAJ, Ampang Jaya
• Menyediakan booth pameran TMS 2015 serta memberikan aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan kuiz pelancongan kepada pengunjung yang hadir. 07 Matta Fair 2015 13-15 Mac 2015 PWTC, Hall 4, Kuala Lumpur
• Program promosi pakej pelancongan oleh operator yang beroperasi di Negeri Selangor. 08 FAM Trip Make it Malaysia-China 8-11 Mac 2015 Sekitar Selangor
• Fam Trip yang disertai oleh Agensi Pelancongan dan Media daripada China ini dianjurkan bersama Tourism Malaysia Gong Zhou. Mereka dibawa ke tempat menarik di Selangor seperti Sunway Lagoon, Batu Caves, Sekinchan dan Sebagainya. 10 Bukit Bintang Grand Prix Festival 25 – 29 Mac 2015
Perkarangan Fahrenheit Mall, Bukit Bintang
• Acara yang mempromosikan acara sukan iaitu Formula 1. Konsep pameran adalah bertemakan pelancongan sukan yang mempromosi acara sukan antarabangsa di Selangor. 11 Formula 1 30 Mac 2015
Litar F1 Sepang
• Acara tahunan F1 yang dianjurkan di litar F1 Sepang. 12 Wings of KKB Selangor Bird Race 24-26 April 2015 Kuala Kubu Bharu
• Bekerjasama dengan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk penganjuran acara ini. Berkomunikasi secara integrasi dengan pihak berkuasa tempatan dan persatuan tempatan yang berkaitan dengan program sukan 13 Selangor Food Fest 2015 2-3 Mei 2015
SACC Convention Centre
• Tujuan acara ini adalah untuk mempromosikan makanan yang terdapat di Negeri Selangor yang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan yang dapat dihasilkan dari pelbagai kaum. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa untuk datang ke Negeri Selangor pada tahun 2015. 14 PJ Street Art Festival 2015 9-10 Mei 2015
Petaling Jaya
• Bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk penganjuran acara ini. Berkomunikasi secara integrasi antara pihak penguasa tempatan dan persatuan tempatan yang berkaitan dengan program Sukan 15 Karnival Bendang Sabak Bernam 2015 23 Mei 2015 Sabak Bernam
• Bekerjasama dengan Majlis Daerah Sabak Bernam untuk penganjuran acara ini • Berkomunikasi secara integrasi dengan pihak berkuasa tempatan dan persatuan tempatan yang berkaitan dengan program sukan
16 Selangor Islamic Fest 2015 30 & 31 Mei 2015 Stadium Malawati Shah Alam
• Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan, mempromosi negeri Selangor sebagai hub pelancongan Islamik • Acara ini juga secara tidak langsung dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk berkunjung ke Negeri Selangor untuk melihat produk pelancongan islamik di negeri Selangor
17 Festival Orang Asal 2015 22-23 Ogos 2015 Taman Botani Shah Alam
• Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan, mempromosi budaya dan cara hidup orang asal terutamanya yang terdapat di Negeri Selangor. • Acara ini juga secara tidak langsung dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk berkunjung ke Negeri Selangor untuk melihat sendiri gaya hidup orang asal di Negeri Selangor.
• Turut membuat jemputan kepada negeri-negeri lain untuk memperkenalkan budaya orang asli yang terdapat di Malaysia.
18 The 7th MBPJ Inline Hockey Tournament Selangor 30-31 Ogos 2015 Petaling Jaya
• Bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk penganjuran acara ini. • Berkomunikasi secara integrasi antara pihak penguasa tempatan dan persatuan tempatan yang berkaitan dengan program Sukan
19 Festival Bon Odori 15 September 2015 Kompleks Sukan Negara Shah Alam
• Tahun 2015 merupakan penganjuran kali ke 6. • Bekerjasama dengan Kelab Jepun Kuala Lumpur untuk menganjurkan acara ini.
• Acara ini merupakan satu acara yang mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat Jepun serta pelancong-pelancong asing yang sememangnya mengikuti acara ini setiap tahun.
• Kedatangan pada tahun 2014 adalah seramai
20 Pesta Tanglung 19 September 2015 Petaling Jaya
• Acara merupakan kerjsama diantara Touirsm Selangor dengan pihak PBT. • Tahun 2014, anjuran acara telah dibuat bersama pihak MBPJ dan juga Cempaka Buddist Temple, Taman Sea.
• Tujuan penganjuran adalah bagi memperkenalkan salah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat di Malaysia khususnya di negeri Selangor kepada pelancong asing.
21 Lets Travel 10th Treasure Hunt On Wheels 2015 19-20 September 2015 Sekitar Selangor
• Bekerjasama dengan agensi pengendali acara yang berpengalaman dengan aktiviti seumpama ini. • Mempromosikan tempat dan produk pelancongan sekitar Selangor melalui program ini kepada golongan cina khususnya.
22 Selangor Golf Master 2015 18-20 September 2015 Kelab Golf Sri Selangor
• Membantu mempromosikan tarikan pelancongan melalui program sukan di negeri Selangor. • Bekerjasama dengan agensi pengendali acara yang berpengalaman dengan aktiviti seumpama ini.
23 Jugra International Accuracy Championship 2015 18-20 September 2015 Bukit Jugra
• Bekerjasama dengan Majlis Daerah Kuala Langat • Berkomunikasi secara integrasi antara pihak penguasa tempatan dan persatuan tempatan yang berkaitan dengan program Sukan
24 Kuala Lumpur Photography Festival 19-20 October 2015 Mid Valley KL
• Bekerjasama dengan agensi pengendali acara yang berpengalaman dengan penganjuran acara sebegini bersama PCP Publications. • Berkomunikasi secara integrasi antara pihak yang berkaitan dengan program fotografi seumpama ini.
25 Raja Muda Regatta 11 & 12 November 2014 Pulau Indah Klang
• Bekerjasama dengan agensi pengendali acara sejak dari tahun dan ini merupakan kerjasama bagi tahun yang 2011. • Merupakan penganjuran acara tahunan yang berprestij di mata dunia.
• Acara ini melibatkan pelayar-pelayar dari negara-negara luar seperti Australia, New Zealand, England, Philipines, German, Scotland, Kanada dan lain-lain.
26 Selangor Eco Photo Hunt 21 November 2015 Sekitar Selangor
• Pertandingan Fotografi yang di adakan di tempat menarik di Selangor iaitu di Shah Alam, Klang dan Kuala Langat. -
Senaraikan zon, mercu tanda dan produk pelancongan sedia ada?
Negeri Selangor mempunyai pelbagai produk pelancongan yang terletak di merata tempat di seluruh Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor secara khususnya belum lagi membuat pengkelasan atau pembahagian zon pelancongan di Negeri Selangor memandangkan produk pelancongan di negeri Selangor tidak bertumpu di sesuatu tempat sahaja dan ada yang bercampur di sesuatu tempat. Selain daripada itu, bagi mewujudkan pengkelasan atau pengezonan ini, ianya memerlukan kajian yang terperinci, perbelanjaan yang agak besar serta dalam jangka masa yang panjang mengikut keadaan bentuk muka bumi di Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun , bagi memudahkan proses mengenalpasti sesuatu produk serta turut memudahkan aktiviti promosi dijalankan, produk pelancongan ini telah dibahagikan kepada kategori ataupun dikenali sebagai ‘Wonders of Selangor’. Berikut adalah kategori tersebut :
- Pelancongan Eko – Eco Tourism
- Pelancongan Agro – Agro Tourism
- Pelancongan Pendidikan – Education Tourism
- Inap Desa – Homestay
- Pelancongan Sukan – Sport Tourism
- Pelancongan Warisan – Heritage Tourism
- Pelancongan Taman Tema – Theme Park
- Pelancongan M.I.C.E – Meeting , Incentive , Conference Exihibition
- Pelancongan Membeli Belah – Shopping And Dining
- Pelancongan Kesihatan – Health Tourism
-
Apakah Kerajaan Negeri ada mewujudkan zon, mercu tanda dan produk pelancongan yang baru di Negeri Selangor?
Walaupun Kerajaan Negeri Selangor belum lagi secara khususnya membuat pengkelasan dan pengezonan produk-produk pelancongan di negeri Selangor, namun Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor melalui Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 telah mengenal pasti beberapa zon produk pelancongan di negeri Selangor seperti berikut :
- Zon Pelancongan Semulajadi – daerah yang telah dikenalpasti ialah :
- Kuala Selangor
- Sabak Bernam
- Hulu Selangor
- Sepang
- Zon Pelancongan Sukan, membeli Belah dan M.I.C.E. – daerah yang telah dikenalpasti ialah :
- Petaling
- Zon Pelancongan Warisan – daerah yang telah dikenalpasti ialah :
- Klang
- Kuala Langat