Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

251) PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA RENDAH KAFA DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan bantuan & penyelenggaraan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah agama rendah (Kafa) di negeri Selangor bagi tahun 2013, 2014 & 2015?

    Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta secara tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat. Selain daripada itu, Lembaga Zakat Selangor juga memberi peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor bagi tahun 2013-2015 untuk membaikpulih bangunan-bangunan SRA dan KAFA seperti berikut:

    BIL TAHUN PERUNTUKAN (RM)
    1. 2013 6 JUTA
    2. 2014 6 JUTA
    3. 2015 5 JUTA

     

  2. Nyatakan bentuk bantuan yang telah disalurkan untuk program ini bagi tahun 2013, 2014 & 2015?

    Bentuk bantuan yang telah disalurkan untuk program ini bagi tahun 2013, 2014 dan 2015 adalah membaikpulih bumbung, cat bangunan, perpaipan, kelengkapan dan kerja-kerja baikpulih awam yang berkaitan.

  3. Senaraikan sekolah-sekolah agama KAFA mengikut daerah yang telah menerima bantuan tersebut?

    Senarai sekolah-sekolah agama KAFA yang telah menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor adalah seperti di Lampiran A.

    Lampiran A

    KELULUSAN PERUNTUKAN UNTUK KERJA-KERJA BAIKPULIH KAFA DIBAWAH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) TAHUN 2013

    Gombak

    • KAFA Integrasi Al Azizah
    • KAFA Integrasi Selayang Pandang, Mukim Batu
    • KAFA Integrasi Nurul Ehsan, Lubuk Pusing

    Sepang

    • KAFA Integrasi Darul Ulum, Kg. Hulu Teris
    • KAFA Integrasi Ulumuddin, Koa Bukit Bangkong
    • KAFA Integrasi Ehsaniddin, Kg. Hulu Chuchoh
    • KAFA Integrasi Al-Hijrah, Kg. Bagan Lalang
    • KAFA Integrasi Darul Taqwa, Pekan Sepang
    • KAFA Integrasi Jannatul Firdaus, Kg. Salak
    • KAFA Integrasi Jannatul Ma’wa, Kg. Giching
    • KAFA Integrasi Kg. Hulu Chuchoh

    Petaling

    • KAFA Imam Al-Ghazali, Kg. Budiman
    • KAFA Masjid Nurul Iman, Kg. Tengah Batu 12, Puchong

    Sabak Bernam

    • KAFA Integrasi Nurul Falah, Parit 13, Sungai Panjang

Lampiran

Tiada Lampiran.