Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
224) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN BUKIT FRASER
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan penambahbaikan Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman Bukit Fraser dan kawasan sekitarnya yang dilakukan pada tahun ini dengan butir-butir seperti kos, tarikh jangka siap dan sebagainya
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai dua (2) buah banglo yang terletak bersebelahan antara satu sama lain di Bukit Fraser. Banglo yang dimaksudkan adalah Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor. Pada tahun 2015, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk menaik taraf banglo-banglo tersebut. Pihak JKR Selangor buat masa ini telah menyediakan butiran penaiktarafan untuk Banglo Sultan Sulaiman yang melibatkan kos sebanyak RM498,638.38 (RINGGIT MALAYSIA: EMPAT RATUS SEMBILAN PULUH LAPAN RIBU ENAM RATUS TIGA PULUH LAPAN DAN SEN TIGA PULUH LAPAN). Perincian tentang kerja-kerja penaiktarafan tersebut adalah seperti berikut:
BIL. SKOP KERJA KOS (RM) 1.0 Kerja Permulaan 1,500.00 2.0 Kerja Membaikpulih Bangunan 140,632.40 3.0 Kerja-kerja Luaran 146,505.98 4.0 Kerja-kerja Di Bawah Wang Peruntukan Sementara 210,000.00 JUMLAH ANGGARAN KOS 498,638.38 Kerja-kerja naik taraf Banglo Sultan Sulaiman akan bermula pada Ogos 2015 dan dijangka siap pada Oktober 2015. Buat masa ini, pihak JKR Selangor sedang dalam proses penyediaan kos bagi naik taraf Banglo Sri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menaikkan kadar sewaan Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman Bukit Fraser memandangkan kos penyelenggaraan yang tinggi?
Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk menaikkan kadar sewaan Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman di Bukit Fraser.
-
Adakah Kerajaan juga bercadang membuka bangunan di sebelah Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman Bukit Fraser untuk sewaan orang awam selepas penambahbaikan? Jika ya, nyatakan kadar sewaan.
Kerajaan Negeri masih belum bercadang membuka bangunan di sebelah Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman Bukit Fraser untuk sewaan orang awam.