Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
208) JENAYAH DAN KESELAMATAN DI KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi dan keberkesanan Pasukan Keselamatan Kejiranan yang dilaksanakan?
Pada dasarnya pasukan keselamatan kejiranan belum dilaksanakan secara menyeluruh di semua PBT dan hanya beberapa PBT sahaja yang aktif melaksanakannya. Program keselamatan kejiranan yang dibuat di kawasan PBT sememangnya memberangsangkan dari kalangan penduduk setempat dan antara program yang telah dibuat adalah Program “Community Policing” (Program Bandar Selamat) dan Program Bomba Komuniti bersama Ahli Majlis, Jawatankuasa Penduduk (JKP) yang dilantik untuk mengadakan aktiviti/ program selain pemantauan bersama kawasan kejiranan masing-masing. Objektif sebenar adalah memberi pendedahan kepada penduduk berkaitan betapa penting keselamatan kejiranan di kawasan perumahan.
-
Mengapa hanya mengetengahkan tindakan yang dibuat oleh MBSA dan MBPJ sahaja, di mana tindakan dari sepuluh PBT yang lain?
PBT-PBT lain sememangnya memandang serius perkara ini dan ada membuat program bersama komuniti yang berbentuk keselamatan dan kesejahteraan kejiranan setempat tetapi tidak mendapat liputan yang meluas dari pihak luar dan media. Penglibatan PBT, Ahli Majlis, JKP dan komuniti setempat sangat perlu untuk membincangkan berkenaan permasalahan, aktiviti-aktiviti masyarakat dan keselamatan kejiranan, cadangan dan langkah-langkah keselamatan kejiranan yang boleh diambil bersama agensi keselamatan lain bagi mencapai pengurangan jenayah bawah 20% yang disasarkan melalui NKRA Pengurangan Jenayah Negara.