Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
206) SKIM KESELAMATAN KEJIRANAN PANGSAPURI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah yang telah memohon untuk skim ini?
Setakat ini, daripada sasaran 50 kawasan pangsapuri setahun, sejumlah 23 kawasan telah memohon skim SEROJA seperti berikut:
BIL. PBT NAMA PANGSAPURI JUMLAH PANGSAPURI 1. MBSA 1. SRI ERA, DESA LATANIA 6 2. MC 7, TAMAN BUNGA NEGARA 3. SERI MURNI 4. RIMAU INDAH 5. TAMAN SRI RASAU 6. BLOK 40, SEKSYEN 7 2. MBPJ 1. DESA MENTARI, BLOK 3 1 3. MPSJ 1. A27-A30, PUCHONG PERMAI 1 4. MPAJ 1. CEMARA 1 & 2 5 2. NUSA KURNIA 3. INTAN, BUKIT PERMAI 4. INAI BLOK A, B, C DAN D 5. MERPATI B 5. MPK 1. MAWAR CEMPAKA, BANDAR BARU KLANG 3 2. MUTIARA, BUKIT RAJA 2 3.DAHLIA, BUKIT RAJA 6. MPKj 1. MELUR, TAMAN SUTERA KAJANG 1 7. MPS 1. LAKSAMANA JAYA 2 2. CEMPAKA, TAMAN GOMBAK PERMAI 8. MPSp 1. MEGAH VILLA 2 2. ANGSANA, BANDAR BUKIT PUCHONG 2 9. MDHS 1. KENANGA, TAMAN BUNGA RAYA 2 2. SERI KEMBANGAN, BUKIT BERUNTUNG JUMLAH 23 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor sedang melaksanakan program turun padang ke setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sasaran 50 kawasan pangsapuri bagi penerima bantuan Skim SEROJA dapat dicapai.
-
Sejauh manakah skim ini dapat mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial di kawasan kejiranan?
Berdasarkan perbandingan kadar jenayah antara tahun 2013 dan tahun 2014 bagi 5 projek perintis SEROJA, adalah didapati indeks kadar jenayah adalah menurun bagi 2 kawasan pangsapuri (antara 50% sehingga 78.5%) dan statik bagi satu pangsapuri seperti berikut:
BIL. PANGSAPURI LAPORAN BALAI POLIS 1. Pangsapuri Seri Era Seksyen 36, Shah Alam
Meningkat. 2. Pangsapuri Blok Mawar & Cempaka Bandar Baru Klang
Sebanyak 5 kes kejadian indeks harta benda dilaporkan bagi bulan April-Disember 2014. Terdapat penurunan kes jenayah indeks harta benda sebanyak 78.5% bagi tahun 2013-2014. 3. Rumah Pangsa Kos Rendah Blok A27-A30,Taman Puchong Permai
Statik. 4. Pangsapuri Laksamana Jaya A Kampung Laksamana Jaya, Batu Caves
Meningkat 5. Pangsapuri Megah Villa, Kota Warisan Sebanyak 3 kes kejadian indeks harta benda dan 1 kes kejadian jenayah indeks dilaporkan sepanjang bagi bulan April-Disember 2014. Terdapat penurunan kes jenayah indeks harta benda dan kekerasan sebanyak 50% bagi tahun kajian 2013 dan 2014. Untuk meningkatkan keberkesanan program SEROJA dalam mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial, Kerajaan Negeri telah menambah baik dengan membenarkan JMB dan MC menggunakan sebahagian daripada peruntukan geran tahunan SEROJA untuk memasang CCTV. Ini adalah kerana, berdasarkan daripada maklum balas yang diterima daripada JMB dan MC, kaedah pemantauan keselamatan secara rondaan adalah sukar dilaksanakan secara konsisten berdasarkan senario kehidupan masa kini.
Selain itu, pihak JMB dan MC perlu memberi maklumat mengenai bilangan kes jenayah yang berlaku di pangsapuri mereka kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor pada setiap bulan. Maklumat ini sangat penting untuk Kerajaan Negeri membuat analisis ke atas keberkesanan dan menambahbaik program SEROJA dari semasa ke semasa dengan kerjasama PDRM.
-
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memantau pelaksanaan skim ini?
JMB dan MC adalah penerima bantuan dan penggerak program SEROJA.