Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

196) MASALAH OBESITI RAKYAT BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan peratusan rakyat Selangor yang berada dalam kumpulan obes menurut kategori remaja, belia, dewasa dan warga emas.

    Obesiti diukur melalui Body Mass Index (BMI) yang mempunyai nilai melebihi 27.5/m2. Melalui National Health Morbidity Survey 2011, Prevalen obesiti di Selangor 28.2%, manakala prevalen obesiti mengikut kategori umur adalah seperti berikut :

    Kategori umur (tahun) Prevalen (%)
    18-19 16.1
    20 -24 18.5
    25 -29 24.2
    30-34 28.1
    35-39 31.1
    40-44 31.6
    45-49 35.1
    50-54 32.6
    55-59 34.4
    60-64 30.7
    65-69 27.7
    70-74 17.8
    75+ 16.8

     

  2. Apakah unjuran peningkatan masalah ini dalam tempoh 5-10 tahun dari sekarang?

    Sekiranya masalah ini tidak dibendung dari sekarang, Selangor akan mengalami peningkatan prevalen penyakit yang berkait rapat dengan obesiti iaitu Diabetes, Hypertension dan Penyakit Jantung (Kardiovaskular). Selain itu, kematian pra matang juga akan meningkat.

  3. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk menghadapi ancaman masalah ini?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menangani masalah ini adalah:

    1. Di peringkat komuniti, telah diwujudkan satu program pemerkasaan masyarakat akan kesedaran peri pentingnya pengamalan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit tidak berjangkit seperti Diabetes, hypertension, sakit jantung dan kanser melalui Program KOSPEN. Di Selangor terdapat 74 lokaliti kampung (KEMAS) dan 22 lokaliti Rukun Tetangga yang telah melaksanakan program ini. Lima skop utama dalam pelaksanaan program ini adalah pemakanan sihat, tidak merokok, kekal aktif, mengetahui status kesihatan masing-masing secara berkala dan pengurusan berat badan.
    2. Di sekolah, pendidikan tentang pemilihan makanan sihat telah diterapkan dalam sistem pembelajaran murid. Pemantauan kantin sekolah juga dilakukan untuk memastikan makanan disediakan dengan cara yang bersih dan nutrisi adalah seimbang.
    3. Program warga sihat warga produktif juga telah diperkenalkan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini melibatkan setiap individu dalam Kementerian Kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing dan menjalani hidup aktif secara fizikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.