Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
188) TASKA DI RUMAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramai yang telah mengikuti program Pensijilan Taska Di Rumah Anjuran Kerajaan Selangor?
Program Pensijilan Taska Di Rumah adalah Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS).
Sehingga kini, seramai 236 orang peserta yang telah menyertai kursus ini sejak tahun 2013. Sebanyak 3 siri kursus yang telah dijalankan setiap tahun dan berikut adalah jumlah peserta yang telah menyertai mengikut tahun pelaksanaan. :-
TAHUN BILANGAN PESERTA 2013 : 93 orang 2014 : 117 orang Hingga Mei 2015 : 26 orang JUMLAH : 236 orang Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, kursus ini telah dilaksanakan kepada pengasuh dan suri rumah yang mengasuh kanak-kanak di rumah dan belum pernah menghadiri mana-mana kursus mengenai pengasuhan kanak-kanak yang dianjurkan oleh mana-mana agensi. Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dikalangan para peserta tentang keperluan untuk mendaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan lain-lain jabatan kerajaan yang terlibat. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk mempelajari dan meningkatkan kualiti asuhan kanak-kanak serta memberi penekanan terhadap kepentingan aspek kebersihan, keselamatan, kesihatan dan pemakanan kanak-kanak dalam usaha melahirkan generasi yang berjaya melalui modul-modul yang disampaikan dan oleh agensi yang berkaitan.
-
Apakah usaha seterusnya kepada peserta yang pernah mengikuti program Pensijilan ini?
Para peserta yang telah mengikuti kursus ini akan memperolehi sijil untuk melayakkan mereka menyediakan perkhidmatan asuhan kanak-kanak selaras dengan pengetahuan asas mengenai pengasuhan kanak-kanak. Para peserta juga akan dibantu bagi mendaftarkan aktiviti pengasuhan mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekiranya mereka ingin mempunyai syarikat sendiri.
-
Apakah sasaran penyertaan untuk tahun 2015?
Sebagaimana yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor bagi tahun 2015, kursus ini akan dijalankan sebanyak tiga (3) kali dengan penyertaan seramai 30 orang bagi setiap sesi. Ini menjadikan sasaran bagi penyertaan untuk tahun 2015 adalah seramai 90 orang pengasuh kanak-kanak di rumah dari seluruh Negeri Selangor.