Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
183) BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pecahan bentuk bantuan yang diterima oleh SAR daripada jumlah peruntukan diberikan oleh Kerajaan Negeri?
Bentuk bantuan yang diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat adalah seperti berikut :
- Bantuan baikpulih infrastuktur sekolah dengan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi setiap tahun; dan
- Bantuan dari pelaksanaan program pemantapan akademik, kursus pemantapan guru dan aktiviti pelajar dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM150,000 setahun.
-
Nyatakan SAR yang telah menerima bantuan tersebut mengikut kawasan parlimen dan apakah bantuannya?
Senarai SAR yang telah menerima bantuan berdasarkan kawasan Parlimen adalah seperti yang dilampirkan.