Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

174) BAHU-BAHU JALAN KAMPUNG RENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sedarkah Kerajaan Negeri terdapat banyak jalan-jalan kampung yang mana bahu jalannya rendah dan membahayakan pengguna?

    Pentadbiran ini sedia maklum di atas perkara tersebut di mana siasatan dan lawatan telah dijalankan bagi mengenal pasti dan mendapatkan anggaran kos pembaikpulihan semula bahu jalan.

  2. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi bahaya yang dialami oleh pengguna-pengguna jalan berkenaan?

    Aduan yang diterima termasuk lawatan dan siasatan lengkap dengan anggaran kos akan dipanjangkan ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bertujuan mendapatkan peruntukan pembangunan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.