Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
153) PILIHANRAYA PBT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini cadangan pilihan raya PBT di Selangor?
Pilihanraya Kerajaan Tempatan tidak dapat dilaksanakan buat masa ini memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor masih tertakluk di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang secara jelasnya dinyatakan bahawa Pilihanraya Kerajaan Tempatan adalah tidak dibenarkan. Kekangan undang-undang ini tercatat di bawah seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
-
Apakah pendirian terkini Kerajaan Negeri terhadap cadangan ini?
Berdasarkan hal ini, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang diluluskan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada 2012 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
Oleh yang demikian, bagi menjayakan pelaksanaan Pilihan raya Kerajaan Tempatan, pindaan kepada seksyen 15 Akta 171 ini perlu dibuat di peringkat Parlimen.
-
Apakah halangan-halangan cadangan ini tidak dapat dilaksanakan?
Sekiranya pindaan kepada seksyen 15 Akta 171 berjaya dilaksanakan, Kerajaan Negeri komited Pilihanraya Kerajaan Tempatan dapat dilaksanakan seperti yang telah dijanjikan sungguhpun ia kelihatan sukar akibat kekangan sedia ada.