Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
152) HASIL DAN SEKTOR PELABUR LUAR NEGARA/NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah nama syarikat luar yang telah melabur di dalam negeri Selangor dan sektor manakah setiap syarikat ini laburkan dan berapa jumlah tepat pelaburan mereka?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2015 sebanyak 62 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 950 Bilion. Sebanyak RM 797 juta daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1.153 bilion daripada pelaburan asing. Antara industri-industri yang dilaburkan adalah seperti berikut;-
Industri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Non-Metallic Mineral Products 1 271 0 718,044,000 718,044,000 Basic Metal Products 4 329 271,150,649 0 271,150,649 Food Manufacturing 7 301 83,953,263 116,397,998 200,351,261 Machinery & Equipment 12 759 134,012,722 52,698,861 186,711,583 Petroleum Products (Inc. Petrochemicals) 1 69 49,690,396 72,669,604 122,360,000 Industri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Electronics & Electrical Products 5 225 47,946,441 66,792,000 114,738,441 Fabricated Metal Products 8 273 35,500,050 26,896,800 62,396,850 Wood & Wood Products 2 87 47,094,027 9,792,000 56,886,027 Chemical & Chemical Products 5 121 15,993,549 20,148,200 36,141,749 Transport Equipment 2 177 5,000,000 27,284,000 32,284,000 Plastic Products 5 338 27,369,851 4,390,452 31,760,303 Rubber Products 2 185 21,435,061 0 21,435,061 Textiles & Textiles Product 2 143 8,230,002 7,400,000 15,630,002 Furniture & Fixtures 1 169 13,459,980 0 13,459,980 Scientific & Measuring Equipment 2 132 9,302,148 0 9,302,148 Paper, Printing & Publishing 1 32 1,038,029 2,595,253 3,633,282 Miscellaneous 2 379 26,043,060 28,182,000 54,225,060 Beverages & Tobacco 0 Leather & Leather Products 0 Jumlah Keseluruhan 62 3,990 797,219,228 1,153,291,168 1,950,510,396 * sumber : MIDA
Nota :
(Nama-nama pelabur dan jumlah pelaburan bagi setiap projek perkilangan yang diluluskan tidak dapat dinyatakan tanpa kebenaran pihak syarikat-syarikat berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada perancangan perniagaan mereka).
-
Ke manakah hasil pelaburan yang diterima akan disalurkan dan berapa jumlah tepat yang diberi untuk setiap satu tempat yang disalurkan?
Hasil pelaburan yang diterima dari aktiviti pelaburan daripada syarikat-syarikat perkilangan asing mahupun tempatan ini merupakan di dalam bentuk pewujudan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menyumbang kepada perkembangan sektor-sektor perkhidmatan yang lain seperti logistik dan pergudangan, peruncitan dan lain-lain lagi. Perkembangan ini secara langsung membawa kepada pertumbuhan pembangunan kepada kawasan setempat.
Manakala hasil langsung yang diterima oleh pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah menerusi cukai tanah, cukai taksiran dan lesen-lesen yang berkaitan.