Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
149) SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil dalam menangani sistem saliran dan perparitan yang tersumbat di Kota Damansara?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di Sungai Rumput dan Sungai Tambul di kawasan Kota Damansara.
-
Nyatakan kekerapan penyelenggaraan yang dibuat di Kota Damansara?
Kerja-kerja penyelenggaraan di Sungai Rumput dan Sungai Tambul sentiasa dijalankan mengikut keperluan berdasarkan aduan yang diterima oleh pihak jabatan. Berikut adalah senarai kerja-kerja yang telah dilaksanakan di kawasan Sungai Rumput dan Sungai Tambul :
Bil Tahun Tajuk Kerja 1 2014 Menjalankan Kerja-Kerja Membuang Kelodak Di Sebahagian Sungai (Sg Rumput) Dan Mendalamkan Kolam Tadahan Di Kelab Golf Seri Selangor 2 2014 Menjalankan Kerja-Kerja Membaiki Tebing Runtuh Di Sungai Rumput Berhampiran Outlet Kelab Golf Seri Selangor Dengan Menggunakan Kaedah Sandbag. 3 2015 Kerja-Kerja Membersih R.O.W Sg. Rumput, PJU 3, Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor 4 2015 Kerja-Kerja Membersih R.O.W Sg. Tambul, Kota Damansara, Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor. -
Berapakah peruntukan yang dikhaskan untuk penyelenggaraan ini dari tahun 2014 hingga Jun 2015?
Tiada peruntukan yang dikhaskan untuk penyelenggaraan Sungai Rumput dan Sungai Tambul.
Maklumat Tambahan :
Aduan yang pernah diterima oleh pihak JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling sepanjang tahun 2013 sehingga tahun 2015 di kawasan Sungai Rumput sebanyak 5 aduan seperti berikut. Namun tiada aduan yang dilaporkan diterima di kawasan Sungai Tambul.
Senarai Aduan di Sungai Rumput
Tahun 2013 – 2015
Bil Tarikh Terima Aduan Media Aduan Nama pengadu Lokasi Isu Status Aduan 1 9/12/2013 Aduan Bersurat Casa Indah 1 Management Corporation Sungai Rumput Kenaikan paras air di Sungai Rumput akibat hujan lebat Telah diambil tindakan 2 2/5/2014 18674/14 JPS Careline
Rienna Choo Sungai Rumput Sistem saliran air Sungai Rumput tidak lancar dan mengakibatkan bau busuk Telah diambil tindakan 3 16/8/2014 Aduan melalui whatsapp JPS Petaling Sungai Rumput Hakisan tanah yang menyebabkan tebing konkrit longkang runtuh Telah diambil tindakan 4 29/1/2015 Aduan Telefon Challis Damansara Management Corporation Sungai Rumput Berkenaan tahap air di sungai bersebelahan No. 1, Jalan PJU 3/30 Sunway Damansara 47810 Petaling Telah diambil tindakan 5 6/3/2015 3196/15 JPS Careline
Tan Sungai Rumput Pembuangan sisa-sisa pembinaan rumah ke dalam dan tepi sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Telah diambil tindakan