Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

146) PEMBIAYAAN SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini SKIMSEL?

    Status terkini Program SKIMSEL telah diserapkan ke dalam Hijrah Selangor.

  2. Nyatakan jumlah penerima SKIMSEL yang telah membayar semula pinjaman sehingga selesai?

    Jumlah penerima pinjaman SKIMSEL sehingga Mac 2015 adalah seramai 11,484. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,284 yang telah selesai membuat bayaran balik pinjaman SKIMSEL. Manakala baki peminjam SKIMSEL yang sedang membuat bayaran balik adalah seramai 2200 orang.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik dalam SKIMSEL?

    Memandangkan Program SKIMSEL telah diserapkan ke dalam Hijrah Selangor, maka Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menambahbaik SKIMSEL. Hijrah Selangor adalah merupakan satu kaedah baru dan efisyen bagi pinjaman mikrokredit di Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.