Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
112) GAYA HIDUP KELUARGA SIHAT DAN CERGAS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan program Kerajaan terhadap pembangunan gaya hidup keluarga sihat dan cergas?
Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan memberi galakan terhadap program-program pembangunan gaya hidup keluarga sihat dan cergas. Sejak tahun 2014, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Sihat Selangor dan pada tahun 2015, program ini dijenamakan semula sebagai Karnival Sihat Selangor.
Program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri di dalam memberi kesedaran awam mengenai penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat.
Program ini mensasarkan penyertaan dan penglibatan peserta daripada pelbagai peringkat usia, bangsa dan ianya dilaksanakan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Apakah komponen-komponen utama yang mahu dicapai oleh Kerajaan dalam pembangunan program ini?
Antara komponen utama yang ingin di capai melalui program ini adalah seperti berikut: –
- Aktiviti berjalan 10,000 langkah;
- Aktiviti kayuhan jantungku;
- Aktiviti senamrobik;
- Promosi pemakanan sihat;
- Promosi kesihatan oleh JKNS;
- Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Daerah;
- Pemeriksaan kesihatan percuma oleh PERKESO;
- Pemeriksaan MAMOGRAM oleh MAKNA;
- Program derma darah;
- Program kesedaran denggi;
- Promosi Program Bantuan Sihat Selangor; dan
- Jualan produk kesihatan
-
Apakah kos-kos yang terlibat dan berapakah jumlah peruntukan yang perlu dikeluarkan setiap tahun bagi program ini?
Bagi tahun 2015, semua 12 PBT dan 9 Pejabat Daerah/ Tanah di peruntukan RM10,000.00 bagi pelaksanaan program ini menjadikan jumlah peruntukan bagi tujuan program ini adalah sebanyak RM190,000.00