Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
96) PUSAT HIBURAN HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengikut kajian setiap PBT, berapakah jumlah pusat hiburan haram di kawasan mereka?
Sebanyak 260 buah pusat hiburan haram yang telah diserbu dan diambil tindakan dan sebanyak 46 buah pusat hiburan haram yang telah diserbu dan disita lebih dari sekali oleh PBT Negeri Selangor. Pecahan mengikut PBT adalah seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
JUMLAH PUSAT HIBURAN HARAM YANG DIDAPATI BEROPERASI DI KAWASAN PBT BILANGAN PUSAT HIBURAN YANG TELAH DISERBU & DISITA LEBIH DARI SEKALI SEHINGGA JUN 2015
Bil. PBT Bilangan Pusat Hiburan Haram Bilangan Pusat Hiburan Yang Telah Diserbu & Disita Lebih Dari Sekali 1. MBSA 4 Tiada 2. MBPJ 53 Tiada 3. MPSJ 10 15 4. MPKj 60 7 5. MPS 10 10 6. MPK 57 1 7. MPAJ 50 2 8. MPSp Tiada Tiada 9. MDKS 6 2 10. MDKL Tiada Tiada 11. MDSB 5 5 12. MDHS 5 4 JUMLAH KESELURUHAN 260 46 **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Berapakah jumlah pusat hiburan haram yang telah diserbu dan disita lebih dari sekali ?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri membendung peningkatan jumlah pusat hiburan haram?
Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh PBT bagi membendung peningkatan jumlah pusat hiburan haram adalah seperti berikut:-
- Memantau dan operasi berterusan di seluruh kawasan PBT terutamanya di kawasan komersial;
- PBT juga mengadakan operasi-operasi bersepadu yang melibatkan agensi-agensi luar seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta lain-lain agensi yang terlibat;
- Menyita barang-barang perniagaan pusat hiburan haram tersebut;
- PBT memohon bantuan TNB & Syabas untuk memotong bekalan air dan elektrik;
- PBT akan merobohkan struktur dalaman pusat hiburan haram tersebut; dan
- Tindakan kompaun ke atas pemilik perniagaan atau pemilik premis.