Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

71) MASALAH PENCEROBOHAN RIZAB SUNGAI LEMBAH KINRARA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan dan status terkini bagi projek kenaikan taraf rizab sungai Lembah Kinrara?

    JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGORTiada projek projek menaiktaraf rizab sungai Lembah Kinrara di bawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

    Projek kenaikan taraf rizab sungai Lembah Kinrara telah dipertanggungjawabkan kepada pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) untuk tindakan sewajarnya diambil bagi menangani masalah pencerobohan rizab di kawasan yang terlibat.

     

  2. Apakah tindakan yang akan diambil terhadap kilang-kilang haram termasuk kilang besi buruk yang masih beroperasi di atas rizab sungai Lembah Kinrara?

    LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

    Tiada tindakan yang diambil terhadap kilang-kilang haram termasuk kilang besi buruk yang masih beroperasi di atas rizab sungai Lembah Kinrara memandangkan pengkuatkuasaan kilang bukan di bawah bidang kuasa LUAS. Walau bagaimanapun, tindakan bersepadu boleh dilaksanakan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan bersama agensi berkaitan.

  3. Apakah langkah yang akan diambil bagi mencegah dan menghentikan segala aktiviti pembuangan sampah haram serta pembakaran sampah di kawasan tersebut?

    1. Aktiviti pembuangan sampah di Sungai Klang, pihak LUAS telah mengambil beberapa tindakan dalam memastikan perkara ini dapat diatasi. Pihak LUAS turut menerima aduan bukan sahaja daripada orang awam bahkan agensi kerajaan sendiri.

     

    Sehubungan itu, pihak LUAS telah membawa isu ni ke dalam dua jawatankuasa iaitu Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang dan Mesyuarat Pengurusan Lembangan Sungai Dan Pantai Negeri Selangor. Melalui dua mesyuarat ini, tindakan susulan dan secara bersepadu dapat diambil bersama agensi berkaitan.

    Antara tindakan yang diambil adalah melalui pengeluaran notis, penutupan kawasan dan operasi pembersihan kawasan. Walau bagaimana pun, pemantauan secara berterusan perlu dilakukan di kawasan-kawasan ini juga perlu dititik beratkan memandangkan kawasan-kawasan yang dijadikan tempat pembuangan sampah ini berlaku secara ‘on-off’. Antara masalah lain yang dihadapi adalah seperti berikut:

    • Lokasi pembuangan sampah ini terletak di kawasan yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat dari luar.
    • Isu pembuangan sampah secara ‘on-off’.
    • Masalah gengsterisme di kawasan tersebut.
    • Kawasan rizab Sungai Klang yang panjang.
    • Kawasan rizab Sungai Klang menjadi laluan utama keluar masuk ke premis industri.
    • Status tanah yang bukan sepenuhnya rizab sungai.

    Bagi memastikan isu ini tidak berulang-berulang perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

    • Memasang papan tanda larangan pembuangan sampah di lokasi tersebut,
    • Menutup laluan keluar masuk ke tempat pembuangan sampah melalui kaedah barrier, blok konkrit, pagar dan sebagainya.
    • Menjadikan tebing Sungai Klang sebagai kawasan rekreasi dan riadah melalui agensi yang berkaitan.
    • Melakukan penyelenggaraan berkala seperti jadual ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.