Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

64) RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI NEGERI SELANGOR 2015

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kehadiran Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Selangor 2015?

    Jumlah kehadiran Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Selangor 2015 ialah 55,750 orang. Butiran jemputan seperti berikut :-

    BIL. JEMPUTAN JUMLAH
    1. Orang ramai dari 9 daerah

    (84 BAS X 40 ORG)

    3400
    2. Kepimpinan politik / NGO / TSSB

    (130 BAS X 40)

    5200
    3. Orang Asli (JAKOA) 200
    4. Jemputan JKM 450
    5. Ketua Jabatan / VIP / Ahli Majlis / Ketua Kampung / Penghulu 1000
    6. Jemputan SSIC 500
    7. Jemputan YAWAS 25,000
    8. Rakyat jelata 20,000
                                                       JUMLAH 55,750
  2. Bagaimanakah kaedah Kerajaan Negeri melantik pengusaha makanan yang terlibat dalam majlis tersebut?

    Kaedah pelantikan adalah melalui senarai nama peserta pengusaha-pengusaha makanan daripada Program Hijrah.

  3. Nyatakan secara terperinci kos perbelanjaan majlis tersebut?

    Kos perbelanjaan yang terlibat bagi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya  Aidilfitri Negeri Selangor Tahun 2015 adalah berjumlah rm1,669,247.00. Perincian perbelanjaan adalah seperti berikut :-

    BIL. PERIHAL AMAUN (RM)
    1. Makanan dan minuman 967,430.00
    2. Logistik dan pembersihan 200,985.00
    3. Pengangkutan 55,483.00
    4. Pengacaraan dan persembahan 62,000.00
    5. Gerai dan pameran 71,470.00
    6. Sound & Systems 81,800.00
    7. Sumbangan duit raya 80,600.00
    8. Pakaian seragam petugas 26,539.00
    9. Elaun saguhati petugas 98,600.00
    10. Playground kanak-kanak 5,260.00
    11. Promosi 19,080.00
    JUMLAH KESELURUHAN 1,669,247.00

Lampiran

Tiada Lampiran.