Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
34) SKIM KESIHATAN PERCUMA -MAMOSEL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah juga penyertaan wanita secara tahunan semenjak ianya di lancarkan sehingga Julai 2015
Skim Kesihatan Wanita (SKW) telah dilaksanakan semenjak November 2010. SKW juga dikenali sebagai Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel). Program ini adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di Negeri Selangor. Semenjak program ini dilancarkan sehingga 30 Jun 2015 jumlah perbelanjaan SKW adalah seperti berikut:-
Tahun Bulan RM Peserta 2010 227,700.00 2,688 2011 1,117,190.00 11,317 2012 363,620.00 3,638 2013 Jan 23,220.00 258 Feb 16,650.00 185 Mac 28,170.00 313 April 13,140.00 146 2014 April 540.00 6 Jun 14,920.00 164 Jul 3,170.00 33 Aug 2,250.00 25 Oct 2,430.00 27 Dec 22,010.00 240 2015 Mac 18,220.00 194 April 12,310.00 135 Mei 17,710.00 187 Jun 21,150.00 231 Keseluruhan 1,904,400.00 19,787 Taburan mengikut kaum sehingga Jun 2015
Tahun Melayu Cina India 2010 1135 1294 259 2011 6084 3810 1415 2012 2026 1094 514 2013 439 235 220 2014 223 228 44 2015 465 200 81 Total 10372 6861 2533 Pecahan peratus mengikut kaum sehingga Jun 2015
Melayu 52.42% Cina 34.67% India 12.80% Lain-Lain 0.11% -
Apakah sasaran penyertaan untuk tahun 2015?
Kerajaan Negeri telah melakukan usaha untuk menambah pusat-pusat perkhidmatan mamogram bagi menampung lebih ramai peserta. Buat ketika ini kita cuma menggunakan khidmat National Cancer Society Malaysia (NSSM) yang turut memberikan khidmat untuk Lembaga Perancangan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ini telah menyebabkan tidak ramai wanita dapat menyertai dan menikmati perkhidmatan ini.
Kerajaan Negeri telah mendapat persetujuan beberapa pengendali perkhidmatan mamogram untuk bersama menjayakan program ini. Antara yang telah memberikan persetujuan adalah Kumpulan Perubatan Johor (KPJ), BP Healthcare, Salam Medical Centre, Darul Ehsan Medical Centre dan Columbia Asia Sdn. Bhd.
Untuk tahun 2015 tiada sasaran khusus telah ditetapkan kerana Kerajaan Negeri lebih menumpukan kepada mencari pengendali khidmat mamogram yang berwibawa dan bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor. Dengan termeterainya persefahaman dengan beberapa pengendali perkhidmatan mamogram seperti di atas, Kerajaan Negeri berharap sekitar 2000 orang peserta akan dapat menikmati perkhidmatan mamogram percuma sehingga penghujung tahun ini.
Kerajaan Negeri berharap setelah pengendali perkhidmatan dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN telah serasi dan selesa dengan gerak kerja yang ditetapkan, sasaran 9,500 peserta setahun akan dapat dicapai. kan