Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
20) PENGLIBATAN BELIA DALAM PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik yang menunjukkan penglibatan golongan belia dalam pemodenan pertanian di Selangor?
Dalam usaha menggalakkan golongan belia menceburkan diri dalam bidang pertanian, beberapa program diwujudkan khas untuk golongan untuk belia bawah 40 tahun dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Sehingga kini seramai 127 orang belia telah mendaftar untuk mendapatkan bimbingan dalam bidang pertanian serta insentif untuk memajukan projek yang telah dimulakan bagi mencapai sasaran pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000.00 sebulan.
-
Apakah bentuk pertanian yang banyak diceburi oleh golongan belia?
Projek pertanian yang sering diceburi oleh golongan belia adalah Projek Industri Asas Tani, projek tanaman sayur-sayuran dan kontan, projek tanaman cili dan rock melon secara fertigasi dan tanaman industri seperti umbisi dan nanas.