Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

18) AHLI LEMBAGA PENGARAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan ahli lembaga pengarah bagi setiap syarikat milik kerajaan/agensi/perbadanan di Negeri Selangor, termasuk anak-anak syarikatnya

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi.

    Badan Berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980).

    Berikut merupakan senarai Anak Syarikat/Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor :-

    Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor
    1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
    3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
    4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS)
    5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
    6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
    7 Yayasan Selangor
    8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
    9 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    11 Tourism Selangor Sdn Bhd
    12 Communication Corporation Sdn Bhd
    13 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    15 MSNS Holdings Sdn Bhd
    16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    18 Invest Selangor Berhad
    19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor

    Senarai ahli lembaga pengarah bagi setiap syarikat milik kerajaan/agensi/perbadanan di Negeri Selangor, termasuk anak-anak syarikatnya adalah seperti di Lampiran A.

  2. Adakah ahli lembaga pengarah penjawat awam menyimpan elaun pengarah atau dipulangkan kepada Kerajaan?

    Penjawat awam yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri yang berkaitan melaksanakan peranan serta aktiviti yang bertepatan dengan visi, misi dan objektif agensi tersebut serta selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

    Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah mempunyai tugas-tugas fudisiari yang merupakan tugas yang berat dalam menguruskan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan. Tugas fudisiari seorang Ahli Lembaga Pengarah antaranya adalah:

    i) Tidak menggunakan kedudukannya sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk memperolehi keuntungan bagi dirinya khususnya menyalahgunakan sebarang wang, harta atau maklumat.

    ii) Tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepentingan badan

    iii) Tidak menyerahkan tugas fudisiari kepada pihak ketiga.

    iv) Menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh serta dengan kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya dan jika perlu mendapatkan nasihat ikhtisas mengenai perkara ini.

    Pelantikan Penjawat Awam sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri adalah berdasarkan peruntukan enakmen atau articles of association yang berkaitan. Oleh itu, segala kemudahan dan elaun yang diterima daripada Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri adalah bersesuaian dengan tugas, tanggungjawab serta kepakaran Penjawat Awam tersebut.

    Sehubungan itu, elaun yang diterima adalah milik Penjawat Awam tersebut dan elaun tersebut tidak perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

  3. Adakah ahli lembaga pengarah MMKN menyimpan elaun pengarah atau dipulangkan kepada Kerajaan?

    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri yang berkaitan melaksanakan peranan serta aktiviti yang bertepatan dengan visi, misi dan objektif agensi tersebut serta selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

    Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah mempunyai tugas-tugas fudisiari yang merupakan tugas yang berat dalam menguruskan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan. Tugas fudisiari seorang Ahli Lembaga Pengarah antaranya adalah:

    i) Tidak menggunakan kedudukannya sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk memperolehi keuntungan bagi dirinya khususnya

    menyalahgunakan sebarang wang, harta atau maklumat.

    ii) Tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepentingan badan

    iii) Tidak menyerahkan tugas fudisiari kepada pihak ketiga.

    iv) Menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh serta dengan kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya dan jika perlu mendapatkan nasihat ikhtisas mengenai perkara ini.

    Pelantikan AMMKN sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri adalah berdasarkan peruntukan enakmen atau articles of association yang berkaitan. Oleh itu, segala kemudahan dan elaun yang diterima daripada Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri adalah bersesuaian dengan tugas, tanggungjawab serta kepakaran AMMKN tersebut.

    Sehubungan itu, elaun yang diterima adalah milik AMMKN tersebut dan elaun tersebut tidak perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.