Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
15) BANGLO SULTAN SULAIMAN, FRASER’S HILL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan butir-butir tentang kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan yang akan dilaksanakan atas Banglo Sultan Sulaiman memandangkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta telah diluluskan atas tujuan tersebut
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai dua (2) buah banglo yang terletak bersebelahan antara satu sama lain di Bukit Fraser. Banglo yang dimaksudkan adalah Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor. Pada tahun 2015, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk menaik taraf banglo-banglo tersebut. Pihak JKR Selangor buat masa ini telah menyediakan butiran penaiktarafan untuk Banglo Sultan Sulaiman yang melibatkan kos sebanyak RM498,638.38 (RINGGIT MALAYSIA: EMPAT RATUS SEMBILAN PULUH LAPAN RIBU ENAM RATUS TIGA PULUH LAPAN DAN SEN TIGA PULUH LAPAN). Peincian tentang kerja-kerja penaiktarafan tersebut adalah seperti berikut:
BIL. SKOP KERJA KOS (RM) 1.0 Kerja Permulaan 1,500.00 2.0 Kerja Membaikpulih Bangunan 140,632.40 3.0 Kerja-kerja Luaran 146,505.98 4.0 Kerja-kerja Di Bawah Wang Peruntukan Sementara 210,000.00 JUMLAH ANGGARAN KOS 498,638.38 Kerja-kerja naik taraf Banglo Sultan Sulaiman akan bermula pada Ogos 2015 dan dijangka siap pada Oktober 2015. Buat masa ini, pihak JKR Selangor sedang dalam proses penyediaan kos bagi naik taraf Banglo Sri Selangor.
-
Apakah syarat-syarat untuk memberi kelulusan kepada orang awam untuk menyewa Banglo tersebut memandangkan pada hakikatnya, orang awam kini dibenarkan membuat tempahan Banglo tersebut terus melalui e-tempahan tanpa diperlukan mendapat kebenaran sesiapapun yang mana tidak sepatutnya berlaku kerana Banglo tersebut seharusnya hanya disewa kepada kakitangan Kerajaan Negeri secara esklusif
Tempahan Banglo tidak tertakluk hanya kepada kakitangan awam sahaja dan tempahan juga dibuka kepada orang awam dengan syarat-syarat penyewaan seperti berikut :
TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN, BUKIT FRASER
A. TERMA DAN SYARAT i. Penyewa Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pentadbiran Negeri. Jika peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya, Pentadbiran Negeri berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyewa dan permohonan untuk menyewa di masa hadapan tidak akan dilayan. ii. Tempahan yang telah diluluskan akan terbatal sekiranya bayaran kepada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan tidak dijelaskan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh penggunaan. iii. Bagi tempahan yang dibuat dalam tempoh kurang daripada 14 hari daripada tarikh menginap, bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum penginapan. iv. Kadar bayaran yang telah diluluskan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan. B. KADAR SEWA i. Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser PERKARA KADAR SEWA DYMM. Sultan Selangor Tiada DYMM. Raja Muda Selangor Tiada Kerabat Diraja Selangor Tiada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Tiada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) Tiada Ahli Dewan Di Raja RM60 Ahli Dewan Negeri Selangor RM60 Orang Besar Istana (OBI) RM60 Orang Besar Daerah (OBD) RM60 Menteri/Persekutuan/Pegawai Tinggi Persekutuan (Termasuk Tentera Dan Polis) RM60 Pegawai Kerajaan Negeri Dan Badan-badan Berkanun Negeri RM60 Orang Awam Yang Diluluskan Oleh YAB. Dato’ Menteri Besar/Y.B. SUK/TSUK(M)/SUB(KP) RM200