Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
13) PENGURUSAN PELUPUSAN SAMPAH DI BAWAH JABATAN DI PBT SECARA LANGSUNG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan merancang untuk membangunkan semula jabatan di setiap PBT untuk mengendalikan sendiri kerja-kerja pelupusan sampah?
Ya, MMKN ke 19/2014 telah bersetuju dan meluluskan Penubuhan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di setiap PBT.
-
Apakah implikasi kewangan dan pengurusan sumber tenaga manusia jika perkara ini dilaksanakan?
Penubuhan Jabatan ini memberikan implikasi kewangan dan pengurusan sumber tenaga manusia yang minima kerana hampir tiada lantikan baru dibuat susulan penstrukturan dalaman Jabatan Perkhidmatan Bandar dengan mengasingkan fungsi Jabatan Pengurusan Pepejal dan Pembersihan Awam dan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
-
Adakah semua PBT boleh mempunyai keupayaan dan adakah ianya satu langkah yang cost-effective?
Kerajaan Negeri percaya PBT-PBT di Selangor mempunyai keupayaan dan objektif penubuhan Jabatan ini adalah bagi memastikan fungsi dan fokus pengurusan sampah dan pembersihan awam dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan bukan sahaja dari segi kos tetapi juga keberkesanan perkhidmatan.