Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

319) GAJI MINIMUM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan gaji minimum dengan sepenuhnya?

    Dalam usaha melaksanakan gaji minimum sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Manifesto Kerajaan Rakyat, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan latihan-latihan pembangunan kemajuan kerjaya kepada semua Penjawat Awam Negeri Selangor. Ini bertujuan bagi melahirkan Penjawat Awam yang kompeten dan mempunyai nilai tambah agar lebih kompeten untuk menyandang jawatan-jawatan yang lebih tinggi demi kemajuan kerjaya di masa akan

     

    Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) diberikan kelebihan untuk dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) selepas 13 tahun berkhidmat. Secara tidak langsung, inisiatif ini mampu meningkatkan jumlah emolumen bulanan dan motivasi kerja anggota yang berkenaan. Pelaksanaan perkara ini diperjelaskan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bertarikh 14 Mei 2009.

     

    Berdasarkan penerimaan pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, gaji minimum anggota perkhidmatan awam secara keseluruhannya telah dinaikkan dengan mengambil kira perkembangan keadaan ekonomi semasa. Selain itu, kelayakan minimum pelantikan anggota perkhidmatan awam juga telah dinaikkan ke Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.

     

  2. Senaraikan agensi-agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah melaksanakan gaji minimum ini?

    Berdasarkan rekod yang dikemas kini, bilangan penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri yang mendapat gaji di bawah RM1,500.00 sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Manifesto Kerajaan Rakyat bagi gaji minimum adalah seperti berikut:-

     

    i)                    Data yang menunjukkan jumlah pecahan mengikut julat gaji (mengambil kira gaji pokok sahaja):

     

    Agensi Julat Gaji Lantikan Tetap Lantikan Kontrak
    Pentadbiran Kerajaan RM0 – RM500.00 0 0
    Negeri Selangor RM500.01 – 955 576
    (meliputi Pejabat Daerah/ RM1000.00
    Pihak Berkuasa

    Tempatan/ Jabatan / Agensi

    RM1000.01 – RM1500.00  

    5585

     

    1247

     

    JUMLAH

    6540 1823
    JUMLAH KESELURUHAN 8363 orang

     

     

    1. Data yang   menunjukkan   jumlah   pecahan   mengikut   gred    jawatan

    (mengambil kira gaji pokok sahaja):

     

     

    Gred Kelayakan Minimum Skim Perkhidmatan Jumlah
    Tetap Kontrak
    1-16 Tamat Darjah

    Enam/PMR/SRP

     

    Pelbagai Skim

    3526 581
    17-26 SPM/Sijil 2987 1226
    27-40 Diploma/STPM 27 16
     

    Jumlah

     

    6540

     

    1823

    Jumlah Keseluruhan 8363 orang

     

     

    Untuk makluman, anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1 hingga 40) juga menikmati kemudahan elaun-elaun tetap bulanan seperti berikut:

     

    Bil. Elaun Tetap Kadar (RM)
    1. Elaun Tetap Perumahan (ITP) 180.00
    2. Imbuhan    Tetap     Khidmat                    Awam (ITKA) 95.00 – 220.00
    3. Bantuan Sara Hidup (BSH) 150.00 – 300.00
    Jumlah keseluruhan 425.00 (minimum)

    700.00 (maksimum)

     

     

    Selain itu, anggota Kumpulan Pelaksana juga diberikan Kadar Kenaikan Gaji Tahunan berjumlah RM80.00 (minimum) hingga RM180.00 (maksimum) setahun.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.