Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

318) PROJEK PKPS LIVESTOCK FARM SDN. BHD.

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah projek terkini syarikat PKPS Livestock Farm Sdn. Bhd?

    Status terkini projek syarikat PKPS Livestock Farm Sdn. Bhd adalah seperti berikut :-

    1. Prestasi Syarikat dari Januari 2015 – Jun 2015

    Butiran

    2015

    Jan – Jun

    Pendapatan 1,135,781
    (-) Kos Operasi 1,035,588
    Untung Kasar 100,193
    (+)Lain-Lain pendapatan 146,102
    (-) Kos Pentadbiran 202,601
    (-) Susutnilai 538,657
    Untung / Rugi ( 494,963 )

    1. Sebab-Sebab Kerugian

    • Tempoh laktasi (perahan lembu) telah mencapai tahap maksimum ( 5 tahun ) di mana ianya menyebabkan penurunan pengeluaran susu. Bilangan laktasi “ideal” bagi seekor lembu ialah di antara 5 – 6 kali. Selepas lembu bunting dan beranak sebanyak 5 – 6 kali, pengeluaran susu akan mula berkurangan dan sampai satu tahap lembu tersebut perlu

    • Kadar pencapaian pembiakan yang rendah iaitu pada kadar 20%

    • Kadar kematian induk / anak yang tinggi disebabkan oleh penyakit. Bagi tempoh Januari – Jun 2015, jumlah kematian adalah sebanyak 81 ekor, terdiri daripada lembu induk (12 ekor) dan anak (69 ekor).

    • Langkah – langkah Penyelesaian

    • Pembelian lembu bunting tambahan daripada yang dijadualkan bermula pada penghujung tahun

    • Meningkatkan kadar pembiakan secara permanian berhadas (A.I) dengan mengambil 2 orang tenaga mahir dari Thailand. Tenaga mahir ini telah mula bertugas pada bulan September 2014. Dengan pengambilan tenaga mahir ini, kadar pembiakan telah meningkat daripada 20% kepada 50%.

    • Syarikat telah melantik seorang Doktor Veterinar secara sepenuh masa pada bulan April 2015 untuk membantu dalam mengawal dan mengurangkan kadar kematian

    • Selain itu, syarikat juga telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, khususnya dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan

  2. Apakah hasil kajian projek ternakan lembu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?

    Hasil kajian projek ternakan lembu yang dilaksanakan oleh PKPS Livestock Farm Sdn Bhd mendapati perniagaan ini jika diselia dengan baik boleh menjana keuntungan kepada syarikat. PKPS Livestock Farm Sdn Bhd juga mendapati terdapat permintaan yang tinggi di pasaran semasa kerana Malaysia masih mengimport > 90% keperluan susu

    PKPS Livestock Farm Sdn Bhd diunjurkan untuk mencatatkan keuntungan pada tahun 2018 mengikut perancangan perniagaan yang disediakan. Langkah–langkah yang sedang dan akan diambil adalah seperti berikut :-

    • Membeli induk bunting sebanyak 300 ekor secara berperingkat selama 3 tahun pada kadar 100 ekor

    • Meningkatkan prestasi pembiakan dengan menyambung khidmat 2 orang tenaga mahir dari

    • Mengawal dan mengurangkan penyakit serta kematian dengan menjalankan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan seperti mengadakan “blood screening” ke atas semua ternakan lembu secara

    • Meningkatkan kualiti padang rumput dengan membuat pembajaan yang rapi Terdapat 4 jenis rumput yang telah ditanam seperti Bracharia Muloto, Stylo Santes, Napier dan Purple Gune .

    • Menggunakan formula makanan baru. Formula baru ini telah dapat meningkatkan pengeluaran susu dari 8 liter sehari seekor kepada 10 liter

    sehari seekor. Selain itu, kos pemakanan juga dapat dikurangkan dari RM14.10 seekor kepada RM8.40 sesekor sehari.

  3. Berapakah kos keseluruhan yang telah dikeluarkan untuk projek tersebut?

    1. Hasil kajian projek ternakan lembu yang dilaksanakan oleh PKPS Livestock Farm Sdn Bhd mendapati perniagaan ini jika diselia dengan baik boleh menjana keuntungan kepada syarikat. PKPS Livestock Farm Sdn Bhd juga mendapati terdapat permintaan yang tinggi di pasaran semasa kerana Malaysia masih mengimport > 90% keperluan susu

    PKPS Livestock Farm Sdn Bhd diunjurkan untuk mencatatkan keuntungan pada tahun 2018 mengikut perancangan perniagaan yang disediakan. Langkah–langkah yang sedang dan akan diambil adalah seperti berikut :-

    • Membeli induk bunting sebanyak 300 ekor secara berperingkat selama 3 tahun pada kadar 100 ekor

    • Meningkatkan prestasi pembiakan dengan menyambung khidmat 2 orang tenaga mahir dari

    • Mengawal dan mengurangkan penyakit serta kematian dengan menjalankan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan seperti mengadakan “blood screening” ke atas semua ternakan lembu secara

    • Meningkatkan kualiti padang rumput dengan membuat pembajaan yang rapi Terdapat 4 jenis rumput yang telah ditanam seperti Bracharia Muloto, Stylo Santes, Napier dan Purple Gune .

    • Menggunakan formula makanan baru. Formula baru ini telah dapat meningkatkan pengeluaran susu dari 8 liter sehari seekor kepada 10 liter

Lampiran

Tiada Lampiran.