Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

316) PENGANGKUTAN AWAM DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan bajet diperuntukkan bagi kemudahan pengangkutan di Selangor?

    a) dan b)

    Kerajaan Negeri telahpun memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor bersamaan 0.3 peratus (0.3%) daripada RM1,133,970,000.00 jumlah bajet yang diperuntukkan untuk pembangunan di Negeri Selangor pada tahun 2015. Peruntukan tersebut diberikan khusus untuk membangunkan usaha-usaha dan aktiviti penambahbaikan kemudahan pengangkutan awam di Negeri Selangor di bawah penyelarasan Jawatankuasa Tetap. Ia juga termasuk di dalam agenda menjayakan rancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada rakyat.

  2. Adakah Kerajaan Persekutuan memberi sebarang peruntukan untuk menambahbaikkan pengangkutan awam di Selangor?

    c) Pemberian lesen pembinaan TOL di lebuhraya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan namun Kerajaan Negeri berpendirian bahawa pandangan pihak awam serta pihak-pihak berkepentingan perlu diberi pertimbangan dan diambilkira sebelum pembangunan sesebuah lebuh raya diputuskan agar ia dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada pengguna dan rakyat. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mendesak pihak-pihak yang membangunkan mana-mana lebuh raya untuk membentangkan kadar pulangan setiap lebuh raya termasuklah kadar tol. Selain itu juga, Kerajaan Negeri akan memastikan mana-mana pihak yang terlibat di dalam pembangunan lebuh raya di Negeri Selangor untuk mematuhi setiap proses dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seumpamanya.

  3. Adakah Kerajaan Selangor mengenakan lesen pemasangan TOL di semua lebuhraya yang melalui Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.