Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

313) PROJEK ÓTHE LOURVEÓ BERHAMPIRAN MAAHAD HAMIDIAH KAJANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri sedar terdapat bantahan dengan asas yang kuat berkenaan pembinaan projek ini oleh penduduk tempatan dan PIBG sekolah ini?

    Pihak Majlis maklum berkenaan bantahan yang

  2. Apakah terdapat tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menghentikan projek dan seterusnya menyelesaikan permasalahan ini?

    Pihak Majlis telah memberi maklum balas terhadap bantahan tersebut dan telah menghadiri beberapa perjumpaan dengan pihak yang membantah bersama-sama dengan agensi teknikal yang berkaitan dan telah berunding dengan pihak pemaju untuk mengambil langkah-langkah segera memperbaiki keadaan di tapak projek. Pihak Majlis juga telah mengeluarkan beberapa Notis Tindakan Penguatkuasaan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 13). Pihak Majlis sentiasa memantau dengan ketat program berkenaan bagi memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam mesyuarat. Perkara ini juga telah dimajukan kepada pihak Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri bersetuju projek tersebut diteruskan sebagaimana yang telah diluluskan dengan syarat pemaju hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Status terkini berkenaan cadangan jalan keluar masuk sementara telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 29hb. Mei 2015 dan pemaju dikehendaki mengemukakan pelan rekabentuk untuk kelulusan. Walau bagaimanapun, berkenaan jalan keluar masuk kekal, pihak LLM memaklumkan melalui surat bertarikh 30hb. Jun 2015 mengekalkan cadangan konsep akses yang telah diluluskan Y.B. Menteri Kerja

Lampiran

Tiada Lampiran.