Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

308) INDUSTRI KHINZIR DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah ladang dan khinzir mengikut daerah?

    Ladang ternakan babi di Negeri Selangor hanya terdapat di satu daerah sahaja iaitu daerah Kuala Langat. Maklumat sehingga Jun 2015 adalah seperti berikut :

     

    Jumlah Ladang 128 ladang
    Populasi babi 239,262 ekor

     

  2. Berapakah pendapatan yang Kerajaan Negeri terima dari industri ini?

    Pendapatan yang Kerajaan Negeri terima daripada industri ini adalah melalui bayaran Akuan Kebenaran atau Permit Memindah Ternakan Dalam Negeri Selangor Antara Daerah (AKPAD), Permit Memindah Ternakan Keluar Antara Negeri (AKPK), Permit Memindah Masuk Ternakan Antara Negeri (AKPM) dan bayaran Sijil Kesihatan Veterinar (SKV). Pendapatan-pendapatan berkenaan pada tahun 2014 adalah seperti berikut :

     

    PERKARA HASIL (RM)
    Akuan Kebenaran atau Permit Memindah Ternakan Dalam Negeri Selangor Antara Daerah (AKPAD) 27,420
    Akuan Kebenaran Memindah Keluar Ternakan Antara Negeri (AKPK) 8,560
    Akuan Kebenaran Memindah Masuk Ternakan Antara Negeri (AKPM) 73,050
    Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) 103,321
    JUMLAH 212,351

     

  3. Apakah prosedur penghantaran dari ladang ke pusat penyembelihan dan jualan?

    Prosedur penghantaran babi dari ladang ke pusat penyembelihan dan jualan adalah mesti mendapatkan Akuan Kebenaran Memindah Ternakan dan Sijil Kesihatan Veterinar yang telah disebutkan tadi sebelum membuat penghantaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.