Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
298) KADAR SEWA DI COUNCIL HOMES
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak akan mengubah kadar sewa di Council Homes, Bandar Baru Bangi?
PHSSB akan sentiasa mengkaji kadar sewa di Council Homes dari semasa ke semasa.
-
Berapakah kadar sewa sekarang dan berapakah jumlah rumah yang disewakan di Council Homes, Bandar Baru Bangi?
Pada masa ini, kadar sewa yang ditetapkan PHSSB adalah sama seperti yang dilaksanakan pengurusan sebelum ini iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) iaitu RM250.00 bagi ibu tunggal, OKU dan warga emas. Manakala bagi kategori lain yang layak, kadar sewa adalah RM450.00 bagi aras tingkat 1 hingga 3 dan RM400.00 bagi aras tingkat 4 dan
Jumlah terkini yang disewakan adalah 181 unit manakala baki 19 unit lagi akan disewakan Oktober 2015.