Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
297) PKNS ENGINEERING CONSTRUCTION BERHAD (PECB)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan PECB dari tahun 2010-2014?
TAHUN 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Pendapata n
88,768 83,010 80,18 2
69,272 32,404 31,033 2
26,744 Perbelanja an (88,04 2)
(80,44 9)
(8,28 8)
(63,02 4)
(33,37 8)
(32,38 6)
(30,84 7)
Untung/(Ru g) RM(‘000)
726 2,561 (2,10 6)
6,248 (974) (1,354) (4,103) -
Apakah faktor yang menyebabkan PECB mengalami kemerosotan?
(i) KEMEROSOTAN TERHADAP PENDAPATAN SYARIKAT
Antara matlamat utama penubuhan anak syarikat adalah membantu syarikat induk di dalam aktiviti mereka. Sebelum ini, PECB telah memperolehi projek- projek secara runding terus dengan PKNS sejajar dengan peraturan MOF yang tidak membenar anak-anak syarikat menyertai tender terbuka syarikat induk. Walau bagaimanapun, mulai 2009/2010, polisi ini telah dimansuhkan dan anak- anak syarikat dikehendaki menyertai tender-tender terbuka PKNS sapertimana kontraktor-kontraktor luar. Ini disulitkan lagi bila pentauliahan kontraktor adalah berdasarkan tawaran harga yang terendah. Perubahan polisi ini telah memberi impak yang negatif bukan saja kepada pendapatan PECB malah kepada anak- anak syarikat PKNS yang lain.
Bagi mengatasi cabaran di atas, PECB telah memperkenal dan mengimplementasikan Pelan Strategik 5 tahun yang mana PECB telah mengembang aktiviti bisnes mereka melalui penglibatan di dalam permbangunan hartanah khusus pembangunan tanah-tanah rezab Melayu. Dengan pendekatan ini, PECB tidak lagi bergantung semata-mata kepada projek-projek PKNS sahaja malah mereka dapat mewujudkan projek pembinaan sendiri melalui pembangunan-pembangunan yang mereka usahakan.
ii) PERLAKSANAAN PROJEK SECARA “MANAGEMENT CONTRACTOR’.
PECB juga sebelum ini banyak melaksanakan projek-projek mereka secara “Management Contractor” di mana PECB akan mentauliahkan kontrak pembinaan mereka kepada pihak ketiga untuk dilaksanakan sepenuhnya. Tatacara ini menyebabkan harga tender PECB tidak kompetetif serta tidak berdaya-saing. Ini menyebabkan PECB kerap gagal dalam persaingan tender terutama tender-tender terbuka.
Sebagai usaha menjadikan PECB lebih kompetetif, pihak syarikat telah mengubah tatakerja kepada “Working Contractor” yang mana kesemua kerja- kerja pembinaan dijalankan sendiri oleh PECB. Perkara ini dilihat mampu memberi “margin” yang lebih baik kepada PECB.
iii) MEMILIKI KOS “OVERHEAD” YANG AGAK TINGGI.
Faktor ini turut menyumbang kepada kegagalan PECB memberi kadar harga yang baik dan berdaya saing.
PECB dalam usaha mengawal kos “Overhead” akan melaksanakan penyelarasan kepada kakitangan syarikat melalui kaedah “secondment” serta “multi-tasking” kakitangan sedia ada kepada syarikat-syarikat anak PECB yang sedang dalam proses ditubuhkan. Disamping itu PECB juga tidak lagi mengambil kakitangan secara tetap. Perkara ini dilihat dapat mengurangkan kos overhead PECB.