Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
293) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam bagi tahun 2015 yang telah digunakan mengikut jenis rumah ibadat.
- Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam bagi tahun 2015 yang telah digunakan sehingga 31 Julai 2015 adalah seperti berikut :
BIL.
JENIS RUMAH IBADAT PECAHAN PERUNTUKAN 2015
PERBELANJAAN SEMASA PERATUS PERBELANJAAN 1. TOKONG 3,678,600.00 1,264,400.00 34.37% 2. KUIL 1,748,400.00 1,507,380.00 86.21% 3. GEREJA 573,000.00 250,000.00 43.63% JUMLAH 6,000,000.00 2,998,000.00 50.36% -
Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sejumlah wang untuk membayar elaun bulanan pusari di kuil yang berdaftar? Jika tidak, nyatakan sebabnya
Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membayar elaun bulanan pusari di kuil-kuil kerana ianya tidak termasuk di dalam fungsi dan peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam. Peruntukan ini adalah digunakan hanya untuk baikpulih infra (fizikal) dan juga pembiayaan program