Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
292) MASALAH SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah keberkesanan kutipan dan pembersihan sampah di semua PBT?
Secara Umumnya Kerajaan Negeri masih belum berpuas hati dengan keberkesanan kutipan dan pembersihan sampah di semua PBT terutama dari segi skop pembersihan awam. Sehubungan itu Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan usaha serta kualiti perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam melalui PBT-PBT di
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah sampah tidak dapat diselesaikan secara holistik?
Selain disebabkan faktor kelemahan pengurusan di pihak PBT, Kerajaan Negeri juga mendapati sikap penduduk juga menyumbang kepada masalah sampah di negeri ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan program – program pendidikan dan kesedaran di kalangan rakyat dan dalam masa yang sama sistem penyampaian / pengurusan di PBT turut akan dipertingkatkan bagi memberi keselesaan kepada
Kerajaan Negeri tidak menyalurkan peruntukan secara tetap kepada PBT-PBT bagi pengurusan sampah namun bersedia untuk menyalurkan peruntukan mengikut keperluan dari masa ke semasa dan juga bergantung kepada permohonan PBT- PBT. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM30 juta pada tahun 2014 khususnya untuk menyelesaikan masalah sampah dalam tempoh tiga (3) bulan iaitu pada bulan Oktober hingga Disember 2014.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan setiap tahun untuk menyelesaikan masalah sampah?